Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Wednesday, May 2, 2012

Barah Hati


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni…entri saya hari ni mmg tak ada kena mengena langsung dgn makanan…sesuatu telah berlaku dgn ahli keluarga saya membuat kan diri terlintas utk berkongsi dgn anda semua….dari tajuk entri…sudah semestinya apa yg saya ingin kongsikan mengenai penyakit yg boleh membawa maut…kita sbagai manusia mmg tk kan pernah lari dari penyakit…bohong la kalo tak pernah rasa sakitkan????

Barah/kanser hati???mungkin penyakit ni antara yg paling  biasa kita dengar…saya sebagai seorang wanita mmg tak pernah fikir langsung pasal penyakit barah hati sebab jrg2  dengar berlaku dikalangan kaum wanita…yg menjadi kerisauan semua wanita diseluruh dunia adalah Barah Payudara dan Kanser  Rahim….sebenarnya, perkataan kanser  pun dh buat kita rasa gerun….betul tak???Ajal maut semuanya ditangan Yang Maha Esa….kita hanya perlu merancang dan berusaha…dan yg penting sekali sentiasa berdoa…akan tetapi sekiranya  dah  sampai masa kita…kita akan pulang jugak ke tempat asal…didunia ni hanya sementara….

Sejak mendapat tau nenek (sebelaharwahabah) adalah suspek barah hati…saya cuba mencari maklumat seberapa  banyak yg boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan yg dirasai ‘tok’ (panggilansayapdnenek)…tapi mmg susah sekiranya kanser dah ditahap serius…ingin saya kongsikan dgn anda semua….

Kebanyakkan kes barah hati hanya dikesan apabila ia sudah sampai ke peringkat serius…bila dah sampai peringkat serius, peluang utk hidup  lama  agak  tipis….fungsi hati mungkin dah terjejas teruk…hati adalah organ dalam badan yang paling besar, ia terletak betul2 dibawah tulang rusuk kanan, dibawah paru2…hati kita berbentuk seperti pyramid dan terbahagi kpd 2 bahagian kiri dan kanan…tidak seperti organ lain.,hati menerima bekalan darah dari 2 sumber iaitu arteri hepatic (membekalkan darah beroksigen) & portal vena yg membawa darah mengandungi  nutrient dari usus kecil ke hati…

Dari carian yg saya dapat, antara factor risiko barah hati ialah :

-          Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sgt mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah & kelahiran; 100x lebih mudah dari virus HIV)

-          Jangkitan hepatitis C dgn kehadiran masalah sirosis hati

-          Obesiti

-          Diabetes

-          Merokok

-          Penggunaan steroid dlm tempoh lama

-          Jangkitan fungus

Antara tanda2 & gejala barah hati ialah :

-          Penyakit kuning (satu keadaan dimana kulit & mata kekuningan)

-          Berasa kekenyangan (tidak lapar)

-          Kehilangan selera makan

-          Sakit atau ketidakselesaan dibahagian tulang belikat dibahagian kanan

-          Demam

-          Keletihan tidak hilang hanya dgn istirehat

-          Mual/muntah

-          Kencing keruh

-          Kegatalan kulit yg berlebihan

-          Kebingungan dan tahap mengantuk meningkat

-          Suhu badan yg tinggi

Tanda2 tak dpt dikesan pada peringkat awal…bila dah masuk peringkat serius baru dapat dikesan…pada 1 mei 2012, saya & suami mmg plan nk duduk rumah je…masak sama2…dlm 8.00 pg saya terima panggilan adik mengatakan tok dimasukkan ke ward…dlm hati mcm2 tekaan…maybe tok kena tambah air sebab kurang makan??….utk pgetahuan semua tok berumur 80++…saya Cuma ingat dia sakit tua….tapi semalam masa melawat di Hospital kangar…maksu ceritakan masalah tok…saya pon terkejut jugak…perasan jugak badan tok kekuningan…macam kekurangan darah….hari ni…waktu entri ni ditulis…pihak hospital nak masukkan kamera dlm perut tok…utk pastikan samada tok mmg ada barah hati or tak….

Bila diberitahu nak masukkan kamera…saya dah terbayang kesakitan yg terpaksa tok tempuhi di usia emas ni….Ya Allah…permudahkanlah segalanya….apa jua keputusan…saya terima dgn redha…semua adalah Qada’ & Qadar Allah S.W.T….Alhamdulillah…di usia tok 80++ ni diizinkanlah Allah utk tok mengenal cicit2nya 8 org semuanya….disini…saya juga inginkan bantuan maklumat darianda semua…sekiranya ada maklumat mengenai barah hati…tentang cara rawatan & penjagaan tak kiralah rawatan moden atau tradisional….yg lain…saya hanya berserah pada Yang Maha Esa…Allah S.W.T….


p/s: info yg saya dpt Cuma sedikit…utk keterangan lanjut diharap anda cuba cari lagi….k…just 2 share & terima kasih krn sudi singgah blog ni


No comments:

Post a Comment