Assalamualaikum…cepatnya masa berlalu..buat semua
muslimin & muslimat…selamat menyambut bulan rejab…saya puasa..anda bgaimana?? lagi dua bulan dah nak
puasa kan??selalu bulan Ramadan yg sentiasa dinantikan oleh seluruh umat
Islam…termasuk la saya…oppsss…bukan pasal bulan utk promosi kuih raya &
buat duit ye…jgn salah faham…saya memang sgt rindukan bulan Ramadan…sebab bulan
Ramadan penuh dgn keberkatan…solat tarawih…tapi terus terang smenjak ada anak
kecil saya dah jarang solat tarawih…saya harap taun ni berpeluang solat tarawih
di masjid…walaupun tk penuh…
Teringat masa bergelar student dulu…sahur pukul 1
pagi…tapi seronok sebab bersama kwn2….tak tau la kwn2 masih ingat lagi ke
tak…buka puasa kt dewan makan…kalau lauk sedap msti pnjg je Q…
Entry utk hari ni pasal keistimewaan bulan rejab…sejujurnya…sebelum
ni saya mmg tak pernah kisah pasal bulan2 islam ni…bila umur makin
mningkat…kesedaran akan wujud jugak dlm hati kita sedikit demi sedikit…bukan
utk dikongsi dgn pengunjung2 blog sahaja…skurang2 nya saya mencari ilmu utk
diri sendiri…bila kita google..kita baca…kita akan faham…walau pon tak semuanya
kita ingt & faham…at least niat kita ikhlas utk mencari ilmu kan???ni kalau
kwn2 baca statement ni sure gelak punya…jgn sindir2 or gelaknye kwn2…I need
support..
Keistimewaan Bulan Rejab
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya.
Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah.
Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah,
Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".
Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat
Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan
Nabi Besar kita Muhammad S.A.W satu peristiwa yang kita telah maklum
keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan
Rejab ini kerana pada bulan ini Allah S.W.T banyak memberikan pahala kepada mereka yang
mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas
orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah S.A.W
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada
bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya
seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
Kedua: Bertaubat.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana
bulan ini adalah bulan pengampunan.
Ketiga: Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda
Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan
sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu,
barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya
minum dari sungai itu".
Keempat: Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan
Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap
orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak
kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal
jariah yang lain.
Harapan saya semoga kita sama2 mendapat ilmu hari
ni…walaupon tak byk…sekurangnya apa yg kita tak tau selama ni..kita dapat…..tiap2 bulan islam ada fadhilat dan
keistimewaan tersendiri….jom pakat2 puasa rejab ye semua…kpd sesiapa yg lebih
arif pasal bulan rejab…jgn simpan…kongsi2kan lah ye….akhir kata...selamat berpuasa...& kpd kaum hawa...lagi 2 bulan nk ganti puasa ya..
No comments:
Post a Comment