Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Monday, May 28, 2012

Biskut Sarang Semut....Sampel Raya


Assalamualaikum & slm sejahtera bt semua pengunjung2 blog TA (teratak alymaz)…lebih kurg seminggu jugak la tak post apa2 entry utk blog ni…TA agak sibuk buat sampel biskut utk promosi raya nanti…rindu jugak nak menulis…dlm kepala ni macam2 ilham…TA simpan dulu ye…nanti ada kelapangan kita sharing2 ok…lagi 2 hari dah nak masuk bulan jun…so mggu lepas TA dah buat 1 jenis sampel biskut…

TA akan senaraikan list biskut termasuk harga…nanti boleh tengok dkt price list ok…harga bagi jualan secara borong tak sama tau…yg dekat price list tu harga jualan….kalau beli byk boleh la TA bagi diskaun…taun ni TA amik deposit 50% dari total harga pesanan…ni kes taun lepas ada yg order…bila biskut dah ready TA nak hantar…fon tak berjawab…terus senyap mcm tu je…rugi la TA kan???

Post utk hari ni pasal sampel Biskut sarang semut….biskut ni favourite anak TA…taun lepas mmg taka da dlm list…ni biskut baru…next week insyaallah TA akan post lebih banyak & semua kuih raya utk taun ni…ada dlm 20 jenis gitu…biskut sarang semut ni senang je nak buat…sedap pulak tu…

sesiapa nak dptkan sampel...harap cepat2 ye...


So, kpd sesiapa yg berminat utk jadi agen boleh add fb TA www.facebook.com/teratakalymaz  ok...TA jugak buka tempahan kpd sesiapa yg berminat utk beli secara borong…contohnya nak buat berniga kat bazar2 atau utk hamper raya (utk badan2 korporat contohnya)…hrga borong lebih murah…kpd yg berminat harap cepat2…sebab kalau tempahan dah full booked…TA akan close order…takut tak sempat kalau byk sgt tempahan…

Sampel ada dijual…contohnya packaging seperti di bawah…

ada 15-20 biji..kira penuh bekas la...
HARGA = RM6.00
kpd yg berminat..harap anda cepat...utk sampel msuk bulan julai TA tak terima dah ok



Thursday, May 24, 2012

trifle..trifle..trifle......

Lagi2…trifle…lagi2…trifle…nak buat camno…dah jatuh cinta…haha….sememangnya diriku penggemar segala jenis puding…dah tak boleh dipisahkan lagi…ni bukan utk jual..tapi utk makan kami ank beranak…love it so much….utk kali ni ada sedikit perubahan…dulu saya pakai Tupperware agak besar..semalam saya tukar pakai bekas dadih yg cute lagi comel…so, bila nak makan tak la comot & berserabut….leh bekalkan utk princess alya jugak….anak saya suka jugak makan sebab dia ingat ais krim..huhu….

Kalau sebelum ni saya pakai buah2 koktel…semalam saya tukar pakai buah laici…pasai pa???haa…sebab saya mmg tak brp suka buah koktel…& saja nak try pakai buah laici pulak…cari buah peach tapi tak jumpa….(or mmg tak Nampak???)….

Tapi kan ada perkara lucu pulak masa tgh2 buat trifle…ni kes gelabah sbb takut kastard sos tak jadi la….tepung kastad selalu kita bancuh dgn air kosong kan???yg lawak tu saya cnfius…gi tuang air panas…actually nak tuang dlm bekas jelly…tp tertukar…pastu boleh pulak hairan…awat la kastad aku berketul2???sblum ni buat ok ja….time tu mmg tak perasan lagi…bila dah perasan , mula la salahkan diri sendiri…moral of the story…buat keje tak boleh kelam kabut…ni kes tak baca bismillah la ni….

Trifleku yg comel lagi cute…..makan sejuk2…pehhh….mmg terangkat…


sapa nak angkat kening...hihi


nak makan cedok je....




Monday, May 21, 2012

Rejab

Assalamualaikum…cepatnya masa berlalu..buat semua muslimin & muslimat…selamat menyambut bulan rejab…saya puasa..anda bgaimana?? lagi dua bulan dah nak puasa kan??selalu bulan Ramadan yg sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam…termasuk la saya…oppsss…bukan pasal bulan utk promosi kuih raya & buat duit ye…jgn salah faham…saya memang sgt rindukan bulan Ramadan…sebab bulan Ramadan penuh dgn keberkatan…solat tarawih…tapi terus terang smenjak ada anak kecil saya dah jarang solat tarawih…saya harap taun ni berpeluang solat tarawih di masjid…walaupun tk penuh…
Teringat masa bergelar student dulu…sahur pukul 1 pagi…tapi seronok sebab bersama kwn2….tak tau la kwn2 masih ingat lagi ke tak…buka puasa kt dewan makan…kalau lauk sedap msti pnjg je Q…
Entry utk hari ni pasal keistimewaan bulan rejab…sejujurnya…sebelum ni saya mmg tak pernah kisah pasal bulan2 islam ni…bila umur makin mningkat…kesedaran akan wujud jugak dlm hati kita sedikit demi sedikit…bukan utk dikongsi dgn pengunjung2 blog sahaja…skurang2 nya saya mencari ilmu utk diri sendiri…bila kita google..kita baca…kita akan faham…walau pon tak semuanya kita ingt & faham…at least niat kita ikhlas utk mencari ilmu kan???ni kalau kwn2 baca statement ni sure gelak punya…jgn sindir2 or gelaknye kwn2…I need support..


Keistimewaan Bulan Rejab
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".
Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad S.A.W satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah S.W.T  banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah S.A.W

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Harapan saya semoga kita sama2 mendapat ilmu hari ni…walaupon tak byk…sekurangnya apa yg kita tak tau selama ni..kita dapat…..tiap2 bulan islam ada fadhilat dan keistimewaan tersendiri….jom pakat2 puasa rejab ye semua…kpd sesiapa yg lebih arif pasal bulan rejab…jgn simpan…kongsi2kan lah ye….akhir kata...selamat berpuasa...& kpd kaum hawa...lagi 2 bulan nk ganti puasa ya..


Saturday, May 19, 2012

Nasi Lemak Suka Suki

Salam semua…harap anda semua sihat2 hendaknya even tuan empunya blog ni sedikit selsema…cuaca terik pulak dua tiga menjak ni…tapi selsema ni kes saya kemas rumah last Friday la ni…saja terlebih rajin pulak nak ubah suai susunan bilik tido kat rumah…sekali banyak pulak habuknya daaa….heran jugak boleh smpai selsema…sebab saya bukanye alah pada habuk…huhu…seksanya kalo asik nak bersin ja….hidung pon dah terasa perit & pedih ja…

Rasa bersalahnya last week tak post langsung entry kat blog ni…minggu ni macam nak balas dendam je…nak  post banyak2 entry boleh dak??hehe…macam sempat je…insyaallah…dengan izin Dia…

Nasi lemak???ni memang menu wajib la saya & mr.hubby…tiap2 minggu mesti beli…rasa2nya nasi lemak area kepala batas (kedah) semuanya kami dah rasa la…sebab saya memang tak suka tumpu dekat satu tempat ja…kalau boleh nak rasa semua…tapi setakat hari ni yg paling sedap & kena dgn selera kami anak beranak nasi lemak kat depan Sekolah Tunku Anum…cukup rasa…semua ada…sebungkus seringgit..banyak pulak tu…sebungkus pon memang kenyang yg amat la…sape nak try boleh la…saya tak pernah pergi la..tp mr.hubby selalu beli nasi lemak & roti canai kat situ…memang marvelous…

Asik beli ja..sesekali nak buat sendiri jugak kan???bukan tak reti…Cuma sedikit malas….jumaat yg lepas saya nekad utk buat sendiri…selalu weekend menu favorite nasi goreng, bihun/koew teow/mee goreng, kuih muih…saya tak la pening nak pikir menu utk breakfast sbb mr.hubby agak senang dlm soal makan…masak la apa pon…semua dia telan….selalu org buat sambal + telur + ikan bilis..nasi lemak paling simple la kan???bahan pon memang dah ada stok selalu…tapi hari tu saya buat nasi lemak + sambal udang + ikan talang kering+ulam timun…sodap jugak…mr.hubby siap tambah…ye la…nasi lemak masak sendiri dgn yg beli memang difference sgt….

Bila tengok balik gambar ni..rasa macam nak buat lagi pulak...tak puas makan hari tu..huhu


Mr.hubby asik puji nasi lemak ja…memang leh buat jual katanya…tapi sambal kureng sikit…saya terima ja komen ikhlas dari mr.hubby dgn hati terbuka..next time boleh perbaiki kelemahan yg ada kan??memang sambal agak kureng berasap…maybe sebab saya pakai cili boh segera…selalu saya kisar cili kering…petua mak saya..kalau nak kasi sambal tahan lama…masak dulu bawangnya….baru masukkan cili kisar…ikan talang kering ni secara tak sengaja..saya beli kat pasar tani…paln nak buat masak gulai dgn nanas…saya ambil sikit goreng buat makan dgn nasi lemak…memang sedap kalau goreng garing2…letak la bawang sikit…

Resepi saya...sama ja macam org lain…beras+santan+bwg+bunga lawang+kulit kayu manis+halia+serai+garam….masak pakai rice cooker…tak hangit pon kat bawah….sekiranya ada permintaan nanti saya postkan resepi…amacam???
** Dapat share 1 picture ja...yg lain2 si kecik gi delete...waaaa....

Wednesday, May 9, 2012

Nasi Minyak ala Maklong


Ptg semalam ofismate saya sibuk duk google…cari resepi nasi…nasi minyak la, nasi carrot, nasi beriani pon ada…siap print resepi lagi…semalam cam malas nak google resepi…elok ja diorang sebut nasi minyak…terus teringat memori makan nasi minyak maklong..utk pgetahuan kwn2, maklong saya asal dari narathiwat, Thailand…so dia memang pakar masak menu2 dari sana la…memang nasi minyak dia sangat mantop…makan nasi saja pon dah rasa sedap sangat…memang tiap2 kali makan confirm saya akan tambah…huhu

Bila teringat memori tu…saya pon jadi teruja nak buat nasi minyak…nak mintak resepi tapi tak dapat dihubungi pulak…last2 google gak cari resepi nasi minyak…bawah my ofis ada kedai 1 Malaysia…blik keja singgah jap cari minyak sapi & cube ayam…punya semangat nak buat nasi minyak….haha…org lain yg pulun google resepi macam2…saya yg buat pulak…

Bukan pandai masak pon, saja nak try…saya ubah sikit…buat ala2 resepi maklong…nasi minyak maklong pelik sikit…ayam dimasak bersama dgn nasi…makan pulak bersama ulam+sos cili (cili hidup yg dikisar halus)…+keropok ikan…memang beza la dengan nasi minyak Malaysia…

Hubby cakap sedap coz sos cili agak masam2 manis (tgh lapar kot, semua rasa sedap..hihi) …dia mmg suka menu masam2…tapi bagi saya macam tak berapa nak jadi…geram jugak coz rasa tak sama macam nasi minyak maklong (dh resepi pon tak tau nak harap sama rasa pulak…hehe)

Tengok ni…hasil tangan saya…hihi…bedal je lah…

nak makan tabur la bwg goreng...lagi sedap..


ayam yg dikeluarkan dari nasi minyak yg dah masak...nampak tak ada nasi melekat2 dekat ayam??

RESEPIKUuu…

2 cawan beras
½ ekor ayam
4 ulas Bawang merah (dimayang)
Minyak sapi
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Halia
Cube ayam Maggie
Garam, gula, air
Serbuk lada sulah

Bawang goreng

Daun pandan

** Ada yg kurang, kalau letak kismis, biji gajus, serai lagi sedap…

Cara membuatnya…beras dicuci hingga bersih & ditoskan…saya tumis bawang, halia (dicincang halus, sbb hubby tk suka bila makan tergigit halia)..bunga lawang & kulit kayu manis sampai wangi..pakai 2 sudu minyak sapi (tak letak bunga cengkih coz tak suka bau dia)…dah wangi saya masukkan air..main agak2 je…jgn byk sgt nt nasi lembik….bila dh mendidih sikit2…saya masukkan ayam yg dipotong sederhana besar….masak sampai mendidih…baru saya masukkan beras tadi…letak garam, gula sikit & serbuk lada sulah…& daun pandan utk bagi wangi….gaulkan bagi sekata…tutup periuk…tggulah sampi nasi masak…saya pakai rice cooker..hehe…so biarkan ja la sampai masak…Cuma bila nasi dah kering…saya kaup2kan…utk bagi ayam & nasi masak sekata….

Bila dah masak nasi..saya keluarkan ayam dari nasi…letak berasingan…senang nak cicah dengan sos nanti…tak la comot…

sos cili...saya tumbuk separuh hancur...kalau kisar lagi cantik..(rupa mcm sambal belacan ja kan???)
sengaja tumbuk mcm ni...kalau nk kasi tetamu makan...jgn follow cara ni ye...hihi...ni cara org malas..=)


Utk buat sos sonang jer…ambik cili besar + cili padi..sama2 banyak…tumbuk / kisar sampai halus…bawang merah  sikit…tumbuk/kisar  sekali…jgn banyak sangat…nanti bau bawang pulak….letak garam+gula+cuka (saya pakai air limau nipis ja)…bagi ada rasa manis…baru sedap….ambik ayam tadi cicah sos ni..makan la dgn nasi minyak tadi…fuhh…boleh la tahan…one day saya nak cuba gak resepi maklong…leh la share kat sini…

p/s : saya cuma share pengalaman masak…resepi dicampur2…tak semestinya saya ikut bulat2 tau…so kpd yg nak try…bolehla….saya akan nyatakan sekiranya resepi adalah dari koleksi sendiri ok…dari mula2 blaja memasak..saya mmg tak pandai sukat2...main terjah & agak2 je...kalau sukat msti tk brp nak ummppphh..

Tuesday, May 8, 2012

Popia salju a.k.a Suci Dalam Debu

Lagi post entri utk hari ni…ni nak promote sikit la…kuih ni special saya buat utk tempahan tau…actually my planning tu nak promote utk raya nanti…tapi memandangkan ia boleh di ngapp.. bila2 masa je…so, saya tukar plan…tempahan dibuka bila2 masa sahaja…nak order sekarang pon sila2kan lah….insyaallah….saya sedia menerima tempahan….utk tempahan borong pon saya terima..bagi yg nak buat meniaga kat kedai2 atau bazar2 boleh la tempah….
Percubaan pertama saya menjadi bila mendapat respon yg baik dari para2 juri…yg terdiri dari kawan2 & hubbyku yg tersayang…tak lupa my neighbor …yg siap ckp nak order utk raya nanti…(dlm hati…lambat lagi la…raya lagi 3 bulan)…
Kawan2 opis : “liza, sedap la..boleh buat jual ni”
Mr.Hubby : “ Sedap jugak…buat la lagi..buat byk2 sikit..simpan dlm balang..boleh mkn time tgk tv”.
Jiran (kak nab) : “liza buat ka ni???sedap..anak kak nab minat kuih ni…buat la jual utk raya…kak nab nak order”.

fuhh..kalau makan ni mak mertua lalu pon tak perasan...hehe

tak kan tak tergoda kot....
Komen2 macam ni la yg buat saya bersemangat nak teruskan usaha murni ni..hehehe…utk packaging saya lebih suka letakkan dalam balang yg penutupnya merah tu…senang utk disimpan & dimakan bila2 masa ja..kalau dlm plastic…nanti cepat hancur…dah tak comei…so kepada yg nak buat tempahan sila2kan…call ja handphone saya…kalau order lebih 5 balang…saya akan bagi harga special punya….
Harga setiap balang RM10.00…utk permulaan saya bagi harga murah…sehingga hujung Mei ni saja…iaitu setiap balang RM9.00 saja….boleh ambil kat rumah atau kat opis saya di alor setar (akan diberitahu melalui telefon)….utk minggu ni saya tak akan hantar lagi…minggu depan baru boleh hantar…nak order dulu tak ada masalah….boleh je….kalau banyak sgt saya akan ambil setakat yg mampu je….kena order dulu baru saya buat..kalau buat simpan tak best gak…tak berapa nak fresh betul dak???
Hope u all sokong usaha murni saya ni…last pesanan…minimum order 2 balang ye…kalau yg nak saya hantar..kalau nak ambil sendiri…1 balang pon acceptable..ok, jom order SEKARANG!!!
Sebarang pertanyaan boleh juga...komen je kat my facebook www.facebook.com/teratakalymaz ..nak order melalui facebook pon tak ada masalah...boleh aje...

Ayam Masak Cili Hijau


Curi tulang...curi tulang...hehe...bukan curi tulang, dah mmg free...kerja tak banyak hari ni..leh post entri ni...Salam, apa habaq???harap semua sihat & ceria2 selalu…
Entry hari ni pasal menu masakan ayam pulak. Kalau yg gemar menu pedas2 boleh la kalau nak try kat rumah..semalam mula ingat nak buat ayam masak rendang…sekali stok santan dah abis…terus tukar menu lain…cili hijau macam banyak…so saya decide nak buat ayam masak cili hijau…ni resepi hentam2 je…tapi hubby & adik-adik tersangat la suka…saya tak pakai cili padi aka cabai Melaka tu…pedas…saya pakai cili hijau…lebih kurang macam cili padi jugak…Cuma saiz agak besar sikit macam cili besar tu…pedas tetap pedas…tapi kalau letak cili padi berasap telinga lor..huhu
Saje nak kongsi2 resepi dengan pengunjung blog ni…saya bukanlah pakar sangat dlm bidang masakan ni…tapi minat tu ada…semenjak berumahtangga saya agak rajin memasak & mencuba resepi2 baru…kalau masakan kampong terror la…al-maklumlah org kampong…pernah merasa turun bendang….emm..mula la nk melalut saya ni…dah lari tajuk pulak….


snap pakai fon jer...gambor tk berapa nak terang...huhu


Ok2…kita tengok dulu bahan2 apa yg saya pakai :

Ayam (sebelah/ ½ ekor)
Cili Hijau pedas (10-15 biji)…kalau suka pedas letak byk sikit**
Bawang besar 2 ulas (sederhana, tk la besar sgt)**
Bawang putih (4 ulas)**
Kunyit Hidup (1 inci)**
Serai (2 btg – ambil yg gemuk2)**
Halia (1 inci)**
Daun Limau Purut
Garam & Gula…
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Minyak
Air

Jom kita try masak:

Firstly, ayam saya gaulkan dgn garam+serbuk kunyit..(potong & cuci bersih2 dulu la)…goreng separuh masak (macam nak buat ayam masak merah)…toskan…bahan2 yg bertanda ** semua kena kisar dulu…panaskan minyak…tumiskan semua bahan yg dikisar sampai wangi…then masukkan ayam yg dah kita goreng tadi…masukkan air sikit…masukkan garam & gula (secukup rasa), serbuk lada (sikit ja, cili pon dah pedas) & lada sulah…last sekali baru masukkan daun limau purut….agak2 kuah dah pekat…Nampak dh pecah minyak…dah masak la tu…boleh la dihidangkan….utk info semua jugak…kadang2 resepi ni saya letak gak tomato…terpulang pada diri masing2 la…lagi satu, saya kalau masak api mesti slow..masak biar lama…petua mak saya…masak dgn cara ni masakan kita akan lebih mantoppp….
So, terima kasih sudi belek2 resepi saya….selamat mencuba….makan jgn lupa baca doa ye…


try ler...sesuai utk mak2 & bapak2 budak...anak2 kalau tk tahan pedas jgn bagi rasa pulak...sian depa...

Sunday, May 6, 2012

TRIFLE

Assalamualaikum..bersua lagi kita…semalam niat nak letak entri masakan sambal udang petai..dah lama tak buat tetiba teringin pulak..tapi saya tak sempat nak snap pulak gambar…kelam kabut sebab  my princess  benjol kat dahi…tersembam kat lantai masa tgh main  sorang2…asik nangis & merap…siap masak terus hidang & makan bersama mr.hubby…next time kalau buat lagi saya share kat sini….promise…
Masa kat ofis kelmarin godek-godek resepi  trifle…saya suka sangat trifle…puding2  ni memang peberet la..tapi seumur hidup memang tak pernah buat trifle..semalam tetiba teringin mencuba..google ja..pastu ada juga tanya kawan2 ofis…combine2  la resepi….boleh tahan cubaan pertama saya…masa nak buat tu risau gak takut custard sos tak menjadi…balik kerja terus pi cari bahan2…memang dah nekad nak buat jugak..tak mau  tangguh2  dah…lagi pulak sejak akhir2 ni keinginan memasak makin meningkat pulak…

Hasil tungkus-lumus saya taraaaa…..jadi la rupa ni….




yummy...



 agak comot sikit kan??kalau letak dlm bekas kaca cantik ni...yg penting...rasa...mantoppp


Kalau letak dalam bekas kaca lagi cantik & eksklusif sebenarnya..memandangkan nak bekas yg bertutup & senang utk disimpan dlm peti ais saya pilih Tupperware ni ja….nak makan cedok ja….bekas agak besar ckt  that why trifle tak penuh bekas. Cubaan pertama…boleh la kan????huhu

Bahan2 tak la banyak…sangat simple & save bujet:


Koktail buah2 campuran (1 tin)
Susu Cair (ideal)/susu segar (dutchlady) - 1 tin
Gula (ikut suka..saya letak 3 sudu ja..tk suka manis sangat)
Tepung Kastard (4 sudu besar) dibancuh dgn semangkuk air
Swiss roll kek / apa2 jenis kek pon boleh..tapi nak lagi sedap pakai la kek gulung
1 peket Serbuk jelly perisa strawberry (nona)
1 sudu Esen vanilla (tak letak pon tak pe kot, sebab jelly memang dah wangi)


Saya buat guna cara ni, walau tak cantik, rasa not bad..sedap jugak:


Swiss roll potong & susun dalam bekas…tapis koktail untuk asingkan buah & jus koktail…jus koktail siram sikit kat atas swiss roll yg disusun tadi…untuk sos kastard..saya masak  I tin susu cair + gula sampai larut…pastu kecilkan api & masukkan kastard yg dah dibancuh dgn air…kacau selalu supaya tak berketul…bila dah pekat tutup api tuangkan kat atas swiss roll tadi…bagi sejuk sikit la baru tuang…then susun buah koktail kat atas sos kastard….bancuh serbuk jelly dengan air panas mengikut sukatan diberi…tapiskan & tuang jelly tadi kat lapisan atas adunan…masuk fridge & bila sejuk boleh la makan…yummy….very creamy n sedap…pas ni nak buat lagi la…
Sapa2 nak try boleh la..nak lebih sedap boleh la google resepi2 lain…mana tau leh share kat sini…selamat mencuba…

Wednesday, May 2, 2012

Barah Hati


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni…entri saya hari ni mmg tak ada kena mengena langsung dgn makanan…sesuatu telah berlaku dgn ahli keluarga saya membuat kan diri terlintas utk berkongsi dgn anda semua….dari tajuk entri…sudah semestinya apa yg saya ingin kongsikan mengenai penyakit yg boleh membawa maut…kita sbagai manusia mmg tk kan pernah lari dari penyakit…bohong la kalo tak pernah rasa sakitkan????

Barah/kanser hati???mungkin penyakit ni antara yg paling  biasa kita dengar…saya sebagai seorang wanita mmg tak pernah fikir langsung pasal penyakit barah hati sebab jrg2  dengar berlaku dikalangan kaum wanita…yg menjadi kerisauan semua wanita diseluruh dunia adalah Barah Payudara dan Kanser  Rahim….sebenarnya, perkataan kanser  pun dh buat kita rasa gerun….betul tak???Ajal maut semuanya ditangan Yang Maha Esa….kita hanya perlu merancang dan berusaha…dan yg penting sekali sentiasa berdoa…akan tetapi sekiranya  dah  sampai masa kita…kita akan pulang jugak ke tempat asal…didunia ni hanya sementara….

Sejak mendapat tau nenek (sebelaharwahabah) adalah suspek barah hati…saya cuba mencari maklumat seberapa  banyak yg boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan yg dirasai ‘tok’ (panggilansayapdnenek)…tapi mmg susah sekiranya kanser dah ditahap serius…ingin saya kongsikan dgn anda semua….

Kebanyakkan kes barah hati hanya dikesan apabila ia sudah sampai ke peringkat serius…bila dah sampai peringkat serius, peluang utk hidup  lama  agak  tipis….fungsi hati mungkin dah terjejas teruk…hati adalah organ dalam badan yang paling besar, ia terletak betul2 dibawah tulang rusuk kanan, dibawah paru2…hati kita berbentuk seperti pyramid dan terbahagi kpd 2 bahagian kiri dan kanan…tidak seperti organ lain.,hati menerima bekalan darah dari 2 sumber iaitu arteri hepatic (membekalkan darah beroksigen) & portal vena yg membawa darah mengandungi  nutrient dari usus kecil ke hati…

Dari carian yg saya dapat, antara factor risiko barah hati ialah :

-          Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sgt mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah & kelahiran; 100x lebih mudah dari virus HIV)

-          Jangkitan hepatitis C dgn kehadiran masalah sirosis hati

-          Obesiti

-          Diabetes

-          Merokok

-          Penggunaan steroid dlm tempoh lama

-          Jangkitan fungus

Antara tanda2 & gejala barah hati ialah :

-          Penyakit kuning (satu keadaan dimana kulit & mata kekuningan)

-          Berasa kekenyangan (tidak lapar)

-          Kehilangan selera makan

-          Sakit atau ketidakselesaan dibahagian tulang belikat dibahagian kanan

-          Demam

-          Keletihan tidak hilang hanya dgn istirehat

-          Mual/muntah

-          Kencing keruh

-          Kegatalan kulit yg berlebihan

-          Kebingungan dan tahap mengantuk meningkat

-          Suhu badan yg tinggi

Tanda2 tak dpt dikesan pada peringkat awal…bila dah masuk peringkat serius baru dapat dikesan…pada 1 mei 2012, saya & suami mmg plan nk duduk rumah je…masak sama2…dlm 8.00 pg saya terima panggilan adik mengatakan tok dimasukkan ke ward…dlm hati mcm2 tekaan…maybe tok kena tambah air sebab kurang makan??….utk pgetahuan semua tok berumur 80++…saya Cuma ingat dia sakit tua….tapi semalam masa melawat di Hospital kangar…maksu ceritakan masalah tok…saya pon terkejut jugak…perasan jugak badan tok kekuningan…macam kekurangan darah….hari ni…waktu entri ni ditulis…pihak hospital nak masukkan kamera dlm perut tok…utk pastikan samada tok mmg ada barah hati or tak….

Bila diberitahu nak masukkan kamera…saya dah terbayang kesakitan yg terpaksa tok tempuhi di usia emas ni….Ya Allah…permudahkanlah segalanya….apa jua keputusan…saya terima dgn redha…semua adalah Qada’ & Qadar Allah S.W.T….Alhamdulillah…di usia tok 80++ ni diizinkanlah Allah utk tok mengenal cicit2nya 8 org semuanya….disini…saya juga inginkan bantuan maklumat darianda semua…sekiranya ada maklumat mengenai barah hati…tentang cara rawatan & penjagaan tak kiralah rawatan moden atau tradisional….yg lain…saya hanya berserah pada Yang Maha Esa…Allah S.W.T….


p/s: info yg saya dpt Cuma sedikit…utk keterangan lanjut diharap anda cuba cari lagi….k…just 2 share & terima kasih krn sudi singgah blog ni