Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Thursday, May 24, 2012

trifle..trifle..trifle......

Lagi2…trifle…lagi2…trifle…nak buat camno…dah jatuh cinta…haha….sememangnya diriku penggemar segala jenis puding…dah tak boleh dipisahkan lagi…ni bukan utk jual..tapi utk makan kami ank beranak…love it so much….utk kali ni ada sedikit perubahan…dulu saya pakai Tupperware agak besar..semalam saya tukar pakai bekas dadih yg cute lagi comel…so, bila nak makan tak la comot & berserabut….leh bekalkan utk princess alya jugak….anak saya suka jugak makan sebab dia ingat ais krim..huhu….

Kalau sebelum ni saya pakai buah2 koktel…semalam saya tukar pakai buah laici…pasai pa???haa…sebab saya mmg tak brp suka buah koktel…& saja nak try pakai buah laici pulak…cari buah peach tapi tak jumpa….(or mmg tak Nampak???)….

Tapi kan ada perkara lucu pulak masa tgh2 buat trifle…ni kes gelabah sbb takut kastard sos tak jadi la….tepung kastad selalu kita bancuh dgn air kosong kan???yg lawak tu saya cnfius…gi tuang air panas…actually nak tuang dlm bekas jelly…tp tertukar…pastu boleh pulak hairan…awat la kastad aku berketul2???sblum ni buat ok ja….time tu mmg tak perasan lagi…bila dah perasan , mula la salahkan diri sendiri…moral of the story…buat keje tak boleh kelam kabut…ni kes tak baca bismillah la ni….

Trifleku yg comel lagi cute…..makan sejuk2…pehhh….mmg terangkat…


sapa nak angkat kening...hihi


nak makan cedok je....




Monday, May 21, 2012

Rejab

Assalamualaikum…cepatnya masa berlalu..buat semua muslimin & muslimat…selamat menyambut bulan rejab…saya puasa..anda bgaimana?? lagi dua bulan dah nak puasa kan??selalu bulan Ramadan yg sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam…termasuk la saya…oppsss…bukan pasal bulan utk promosi kuih raya & buat duit ye…jgn salah faham…saya memang sgt rindukan bulan Ramadan…sebab bulan Ramadan penuh dgn keberkatan…solat tarawih…tapi terus terang smenjak ada anak kecil saya dah jarang solat tarawih…saya harap taun ni berpeluang solat tarawih di masjid…walaupun tk penuh…
Teringat masa bergelar student dulu…sahur pukul 1 pagi…tapi seronok sebab bersama kwn2….tak tau la kwn2 masih ingat lagi ke tak…buka puasa kt dewan makan…kalau lauk sedap msti pnjg je Q…
Entry utk hari ni pasal keistimewaan bulan rejab…sejujurnya…sebelum ni saya mmg tak pernah kisah pasal bulan2 islam ni…bila umur makin mningkat…kesedaran akan wujud jugak dlm hati kita sedikit demi sedikit…bukan utk dikongsi dgn pengunjung2 blog sahaja…skurang2 nya saya mencari ilmu utk diri sendiri…bila kita google..kita baca…kita akan faham…walau pon tak semuanya kita ingt & faham…at least niat kita ikhlas utk mencari ilmu kan???ni kalau kwn2 baca statement ni sure gelak punya…jgn sindir2 or gelaknye kwn2…I need support..


Keistimewaan Bulan Rejab
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".
Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad S.A.W satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah S.W.T  banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah S.A.W

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Harapan saya semoga kita sama2 mendapat ilmu hari ni…walaupon tak byk…sekurangnya apa yg kita tak tau selama ni..kita dapat…..tiap2 bulan islam ada fadhilat dan keistimewaan tersendiri….jom pakat2 puasa rejab ye semua…kpd sesiapa yg lebih arif pasal bulan rejab…jgn simpan…kongsi2kan lah ye….akhir kata...selamat berpuasa...& kpd kaum hawa...lagi 2 bulan nk ganti puasa ya..


Saturday, May 19, 2012

Nasi Lemak Suka Suki

Salam semua…harap anda semua sihat2 hendaknya even tuan empunya blog ni sedikit selsema…cuaca terik pulak dua tiga menjak ni…tapi selsema ni kes saya kemas rumah last Friday la ni…saja terlebih rajin pulak nak ubah suai susunan bilik tido kat rumah…sekali banyak pulak habuknya daaa….heran jugak boleh smpai selsema…sebab saya bukanye alah pada habuk…huhu…seksanya kalo asik nak bersin ja….hidung pon dah terasa perit & pedih ja…

Rasa bersalahnya last week tak post langsung entry kat blog ni…minggu ni macam nak balas dendam je…nak  post banyak2 entry boleh dak??hehe…macam sempat je…insyaallah…dengan izin Dia…

Nasi lemak???ni memang menu wajib la saya & mr.hubby…tiap2 minggu mesti beli…rasa2nya nasi lemak area kepala batas (kedah) semuanya kami dah rasa la…sebab saya memang tak suka tumpu dekat satu tempat ja…kalau boleh nak rasa semua…tapi setakat hari ni yg paling sedap & kena dgn selera kami anak beranak nasi lemak kat depan Sekolah Tunku Anum…cukup rasa…semua ada…sebungkus seringgit..banyak pulak tu…sebungkus pon memang kenyang yg amat la…sape nak try boleh la…saya tak pernah pergi la..tp mr.hubby selalu beli nasi lemak & roti canai kat situ…memang marvelous…

Asik beli ja..sesekali nak buat sendiri jugak kan???bukan tak reti…Cuma sedikit malas….jumaat yg lepas saya nekad utk buat sendiri…selalu weekend menu favorite nasi goreng, bihun/koew teow/mee goreng, kuih muih…saya tak la pening nak pikir menu utk breakfast sbb mr.hubby agak senang dlm soal makan…masak la apa pon…semua dia telan….selalu org buat sambal + telur + ikan bilis..nasi lemak paling simple la kan???bahan pon memang dah ada stok selalu…tapi hari tu saya buat nasi lemak + sambal udang + ikan talang kering+ulam timun…sodap jugak…mr.hubby siap tambah…ye la…nasi lemak masak sendiri dgn yg beli memang difference sgt….

Bila tengok balik gambar ni..rasa macam nak buat lagi pulak...tak puas makan hari tu..huhu


Mr.hubby asik puji nasi lemak ja…memang leh buat jual katanya…tapi sambal kureng sikit…saya terima ja komen ikhlas dari mr.hubby dgn hati terbuka..next time boleh perbaiki kelemahan yg ada kan??memang sambal agak kureng berasap…maybe sebab saya pakai cili boh segera…selalu saya kisar cili kering…petua mak saya..kalau nak kasi sambal tahan lama…masak dulu bawangnya….baru masukkan cili kisar…ikan talang kering ni secara tak sengaja..saya beli kat pasar tani…paln nak buat masak gulai dgn nanas…saya ambil sikit goreng buat makan dgn nasi lemak…memang sedap kalau goreng garing2…letak la bawang sikit…

Resepi saya...sama ja macam org lain…beras+santan+bwg+bunga lawang+kulit kayu manis+halia+serai+garam….masak pakai rice cooker…tak hangit pon kat bawah….sekiranya ada permintaan nanti saya postkan resepi…amacam???
** Dapat share 1 picture ja...yg lain2 si kecik gi delete...waaaa....