Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Sunday, April 22, 2012

Jamadilakhir....

Terasa cepat masa berlalu...dah penghujung bulan april....tahun ni rasa cepat sangat masa bergerak...rasa macam baru ja masuk tahun 2012...kalau dalam bulan islam tahun ni 1433...hari ni bersamaan 1 Jamaldilakhir....masa sekolah dulu...masa saya masih budak2..mmg bulan islam tak berapa ingat...tapi alhamdulillah...skrg ni dah boleh ingat bulan2 islam....semuanya gara2 satu lagu nasyid yg popular masa zaman remaja saya.....tak ingat tahun bila....lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Alarm me....lagu yg bertajuk Bulan bulan Islam.....

Antara bait-bait lagu tu macam ni:
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah

Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah

Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal

Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan

Banyak ilmu yg kita boleh dapat sebenarnya melalui lagu2 nasyid ni....saya memang sangat gemar dengar lagu2 nasyid...nak2 time memandu..rasa tenang je jiwa...lagu lain pon tetap layan...dulu masa bergelar student....siap beli lagi CD original...antaranya In-team,UNIC,Mestika...hari2 pasang pulak tu....hehe...

Bercakap mengenai bulan Jamadilakhir ni...saya ada jugak la korek2 dekat internet....dalam bulan ni ada sejarah dan fadhilatnya yg tersendiri untuk dikongsi dengan pengunjung2 blog ni...harap2 dpt beri sedikit info kpd anda smua...termasuklah diri saya sendiri...bila kita membaca...mencari ilmu...bukan hanya utk disebarkan kpd orang lain ja...yg penting diri kita perlu memahami dulu apa yg kita dapatkan...betul tak???itu adalah prinsip saya....

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN JAMALDIL AKHIR

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.


FADHILAT BULAN JAMADIL AKHIR

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.




Semoga maklumat ini menjadi panduan kepada kita semua untuk menambahkan amal ibadat kita...saya pon sama...sangat seronok dapat berkongsi dengan pengunjung2 blog...


No comments:

Post a Comment