Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Tuesday, May 8, 2012

Ayam Masak Cili Hijau


Curi tulang...curi tulang...hehe...bukan curi tulang, dah mmg free...kerja tak banyak hari ni..leh post entri ni...Salam, apa habaq???harap semua sihat & ceria2 selalu…
Entry hari ni pasal menu masakan ayam pulak. Kalau yg gemar menu pedas2 boleh la kalau nak try kat rumah..semalam mula ingat nak buat ayam masak rendang…sekali stok santan dah abis…terus tukar menu lain…cili hijau macam banyak…so saya decide nak buat ayam masak cili hijau…ni resepi hentam2 je…tapi hubby & adik-adik tersangat la suka…saya tak pakai cili padi aka cabai Melaka tu…pedas…saya pakai cili hijau…lebih kurang macam cili padi jugak…Cuma saiz agak besar sikit macam cili besar tu…pedas tetap pedas…tapi kalau letak cili padi berasap telinga lor..huhu
Saje nak kongsi2 resepi dengan pengunjung blog ni…saya bukanlah pakar sangat dlm bidang masakan ni…tapi minat tu ada…semenjak berumahtangga saya agak rajin memasak & mencuba resepi2 baru…kalau masakan kampong terror la…al-maklumlah org kampong…pernah merasa turun bendang….emm..mula la nk melalut saya ni…dah lari tajuk pulak….


snap pakai fon jer...gambor tk berapa nak terang...huhu


Ok2…kita tengok dulu bahan2 apa yg saya pakai :

Ayam (sebelah/ ½ ekor)
Cili Hijau pedas (10-15 biji)…kalau suka pedas letak byk sikit**
Bawang besar 2 ulas (sederhana, tk la besar sgt)**
Bawang putih (4 ulas)**
Kunyit Hidup (1 inci)**
Serai (2 btg – ambil yg gemuk2)**
Halia (1 inci)**
Daun Limau Purut
Garam & Gula…
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Minyak
Air

Jom kita try masak:

Firstly, ayam saya gaulkan dgn garam+serbuk kunyit..(potong & cuci bersih2 dulu la)…goreng separuh masak (macam nak buat ayam masak merah)…toskan…bahan2 yg bertanda ** semua kena kisar dulu…panaskan minyak…tumiskan semua bahan yg dikisar sampai wangi…then masukkan ayam yg dah kita goreng tadi…masukkan air sikit…masukkan garam & gula (secukup rasa), serbuk lada (sikit ja, cili pon dah pedas) & lada sulah…last sekali baru masukkan daun limau purut….agak2 kuah dah pekat…Nampak dh pecah minyak…dah masak la tu…boleh la dihidangkan….utk info semua jugak…kadang2 resepi ni saya letak gak tomato…terpulang pada diri masing2 la…lagi satu, saya kalau masak api mesti slow..masak biar lama…petua mak saya…masak dgn cara ni masakan kita akan lebih mantoppp….
So, terima kasih sudi belek2 resepi saya….selamat mencuba….makan jgn lupa baca doa ye…


try ler...sesuai utk mak2 & bapak2 budak...anak2 kalau tk tahan pedas jgn bagi rasa pulak...sian depa...

Sunday, May 6, 2012

TRIFLE

Assalamualaikum..bersua lagi kita…semalam niat nak letak entri masakan sambal udang petai..dah lama tak buat tetiba teringin pulak..tapi saya tak sempat nak snap pulak gambar…kelam kabut sebab  my princess  benjol kat dahi…tersembam kat lantai masa tgh main  sorang2…asik nangis & merap…siap masak terus hidang & makan bersama mr.hubby…next time kalau buat lagi saya share kat sini….promise…
Masa kat ofis kelmarin godek-godek resepi  trifle…saya suka sangat trifle…puding2  ni memang peberet la..tapi seumur hidup memang tak pernah buat trifle..semalam tetiba teringin mencuba..google ja..pastu ada juga tanya kawan2 ofis…combine2  la resepi….boleh tahan cubaan pertama saya…masa nak buat tu risau gak takut custard sos tak menjadi…balik kerja terus pi cari bahan2…memang dah nekad nak buat jugak..tak mau  tangguh2  dah…lagi pulak sejak akhir2 ni keinginan memasak makin meningkat pulak…

Hasil tungkus-lumus saya taraaaa…..jadi la rupa ni….




yummy...



 agak comot sikit kan??kalau letak dlm bekas kaca cantik ni...yg penting...rasa...mantoppp


Kalau letak dalam bekas kaca lagi cantik & eksklusif sebenarnya..memandangkan nak bekas yg bertutup & senang utk disimpan dlm peti ais saya pilih Tupperware ni ja….nak makan cedok ja….bekas agak besar ckt  that why trifle tak penuh bekas. Cubaan pertama…boleh la kan????huhu

Bahan2 tak la banyak…sangat simple & save bujet:


Koktail buah2 campuran (1 tin)
Susu Cair (ideal)/susu segar (dutchlady) - 1 tin
Gula (ikut suka..saya letak 3 sudu ja..tk suka manis sangat)
Tepung Kastard (4 sudu besar) dibancuh dgn semangkuk air
Swiss roll kek / apa2 jenis kek pon boleh..tapi nak lagi sedap pakai la kek gulung
1 peket Serbuk jelly perisa strawberry (nona)
1 sudu Esen vanilla (tak letak pon tak pe kot, sebab jelly memang dah wangi)


Saya buat guna cara ni, walau tak cantik, rasa not bad..sedap jugak:


Swiss roll potong & susun dalam bekas…tapis koktail untuk asingkan buah & jus koktail…jus koktail siram sikit kat atas swiss roll yg disusun tadi…untuk sos kastard..saya masak  I tin susu cair + gula sampai larut…pastu kecilkan api & masukkan kastard yg dah dibancuh dgn air…kacau selalu supaya tak berketul…bila dah pekat tutup api tuangkan kat atas swiss roll tadi…bagi sejuk sikit la baru tuang…then susun buah koktail kat atas sos kastard….bancuh serbuk jelly dengan air panas mengikut sukatan diberi…tapiskan & tuang jelly tadi kat lapisan atas adunan…masuk fridge & bila sejuk boleh la makan…yummy….very creamy n sedap…pas ni nak buat lagi la…
Sapa2 nak try boleh la..nak lebih sedap boleh la google resepi2 lain…mana tau leh share kat sini…selamat mencuba…

Wednesday, May 2, 2012

Barah Hati


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni…entri saya hari ni mmg tak ada kena mengena langsung dgn makanan…sesuatu telah berlaku dgn ahli keluarga saya membuat kan diri terlintas utk berkongsi dgn anda semua….dari tajuk entri…sudah semestinya apa yg saya ingin kongsikan mengenai penyakit yg boleh membawa maut…kita sbagai manusia mmg tk kan pernah lari dari penyakit…bohong la kalo tak pernah rasa sakitkan????

Barah/kanser hati???mungkin penyakit ni antara yg paling  biasa kita dengar…saya sebagai seorang wanita mmg tak pernah fikir langsung pasal penyakit barah hati sebab jrg2  dengar berlaku dikalangan kaum wanita…yg menjadi kerisauan semua wanita diseluruh dunia adalah Barah Payudara dan Kanser  Rahim….sebenarnya, perkataan kanser  pun dh buat kita rasa gerun….betul tak???Ajal maut semuanya ditangan Yang Maha Esa….kita hanya perlu merancang dan berusaha…dan yg penting sekali sentiasa berdoa…akan tetapi sekiranya  dah  sampai masa kita…kita akan pulang jugak ke tempat asal…didunia ni hanya sementara….

Sejak mendapat tau nenek (sebelaharwahabah) adalah suspek barah hati…saya cuba mencari maklumat seberapa  banyak yg boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan yg dirasai ‘tok’ (panggilansayapdnenek)…tapi mmg susah sekiranya kanser dah ditahap serius…ingin saya kongsikan dgn anda semua….

Kebanyakkan kes barah hati hanya dikesan apabila ia sudah sampai ke peringkat serius…bila dah sampai peringkat serius, peluang utk hidup  lama  agak  tipis….fungsi hati mungkin dah terjejas teruk…hati adalah organ dalam badan yang paling besar, ia terletak betul2 dibawah tulang rusuk kanan, dibawah paru2…hati kita berbentuk seperti pyramid dan terbahagi kpd 2 bahagian kiri dan kanan…tidak seperti organ lain.,hati menerima bekalan darah dari 2 sumber iaitu arteri hepatic (membekalkan darah beroksigen) & portal vena yg membawa darah mengandungi  nutrient dari usus kecil ke hati…

Dari carian yg saya dapat, antara factor risiko barah hati ialah :

-          Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sgt mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah & kelahiran; 100x lebih mudah dari virus HIV)

-          Jangkitan hepatitis C dgn kehadiran masalah sirosis hati

-          Obesiti

-          Diabetes

-          Merokok

-          Penggunaan steroid dlm tempoh lama

-          Jangkitan fungus

Antara tanda2 & gejala barah hati ialah :

-          Penyakit kuning (satu keadaan dimana kulit & mata kekuningan)

-          Berasa kekenyangan (tidak lapar)

-          Kehilangan selera makan

-          Sakit atau ketidakselesaan dibahagian tulang belikat dibahagian kanan

-          Demam

-          Keletihan tidak hilang hanya dgn istirehat

-          Mual/muntah

-          Kencing keruh

-          Kegatalan kulit yg berlebihan

-          Kebingungan dan tahap mengantuk meningkat

-          Suhu badan yg tinggi

Tanda2 tak dpt dikesan pada peringkat awal…bila dah masuk peringkat serius baru dapat dikesan…pada 1 mei 2012, saya & suami mmg plan nk duduk rumah je…masak sama2…dlm 8.00 pg saya terima panggilan adik mengatakan tok dimasukkan ke ward…dlm hati mcm2 tekaan…maybe tok kena tambah air sebab kurang makan??….utk pgetahuan semua tok berumur 80++…saya Cuma ingat dia sakit tua….tapi semalam masa melawat di Hospital kangar…maksu ceritakan masalah tok…saya pon terkejut jugak…perasan jugak badan tok kekuningan…macam kekurangan darah….hari ni…waktu entri ni ditulis…pihak hospital nak masukkan kamera dlm perut tok…utk pastikan samada tok mmg ada barah hati or tak….

Bila diberitahu nak masukkan kamera…saya dah terbayang kesakitan yg terpaksa tok tempuhi di usia emas ni….Ya Allah…permudahkanlah segalanya….apa jua keputusan…saya terima dgn redha…semua adalah Qada’ & Qadar Allah S.W.T….Alhamdulillah…di usia tok 80++ ni diizinkanlah Allah utk tok mengenal cicit2nya 8 org semuanya….disini…saya juga inginkan bantuan maklumat darianda semua…sekiranya ada maklumat mengenai barah hati…tentang cara rawatan & penjagaan tak kiralah rawatan moden atau tradisional….yg lain…saya hanya berserah pada Yang Maha Esa…Allah S.W.T….


p/s: info yg saya dpt Cuma sedikit…utk keterangan lanjut diharap anda cuba cari lagi….k…just 2 share & terima kasih krn sudi singgah blog ni