Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Monday, May 28, 2012

Biskut Sarang Semut....Sampel Raya


Assalamualaikum & slm sejahtera bt semua pengunjung2 blog TA (teratak alymaz)…lebih kurg seminggu jugak la tak post apa2 entry utk blog ni…TA agak sibuk buat sampel biskut utk promosi raya nanti…rindu jugak nak menulis…dlm kepala ni macam2 ilham…TA simpan dulu ye…nanti ada kelapangan kita sharing2 ok…lagi 2 hari dah nak masuk bulan jun…so mggu lepas TA dah buat 1 jenis sampel biskut…

TA akan senaraikan list biskut termasuk harga…nanti boleh tengok dkt price list ok…harga bagi jualan secara borong tak sama tau…yg dekat price list tu harga jualan….kalau beli byk boleh la TA bagi diskaun…taun ni TA amik deposit 50% dari total harga pesanan…ni kes taun lepas ada yg order…bila biskut dah ready TA nak hantar…fon tak berjawab…terus senyap mcm tu je…rugi la TA kan???

Post utk hari ni pasal sampel Biskut sarang semut….biskut ni favourite anak TA…taun lepas mmg taka da dlm list…ni biskut baru…next week insyaallah TA akan post lebih banyak & semua kuih raya utk taun ni…ada dlm 20 jenis gitu…biskut sarang semut ni senang je nak buat…sedap pulak tu…

sesiapa nak dptkan sampel...harap cepat2 ye...


So, kpd sesiapa yg berminat utk jadi agen boleh add fb TA www.facebook.com/teratakalymaz  ok...TA jugak buka tempahan kpd sesiapa yg berminat utk beli secara borong…contohnya nak buat berniga kat bazar2 atau utk hamper raya (utk badan2 korporat contohnya)…hrga borong lebih murah…kpd yg berminat harap cepat2…sebab kalau tempahan dah full booked…TA akan close order…takut tak sempat kalau byk sgt tempahan…

Sampel ada dijual…contohnya packaging seperti di bawah…

ada 15-20 biji..kira penuh bekas la...
HARGA = RM6.00
kpd yg berminat..harap anda cepat...utk sampel msuk bulan julai TA tak terima dah ok



Thursday, May 24, 2012

trifle..trifle..trifle......

Lagi2…trifle…lagi2…trifle…nak buat camno…dah jatuh cinta…haha….sememangnya diriku penggemar segala jenis puding…dah tak boleh dipisahkan lagi…ni bukan utk jual..tapi utk makan kami ank beranak…love it so much….utk kali ni ada sedikit perubahan…dulu saya pakai Tupperware agak besar..semalam saya tukar pakai bekas dadih yg cute lagi comel…so, bila nak makan tak la comot & berserabut….leh bekalkan utk princess alya jugak….anak saya suka jugak makan sebab dia ingat ais krim..huhu….

Kalau sebelum ni saya pakai buah2 koktel…semalam saya tukar pakai buah laici…pasai pa???haa…sebab saya mmg tak brp suka buah koktel…& saja nak try pakai buah laici pulak…cari buah peach tapi tak jumpa….(or mmg tak Nampak???)….

Tapi kan ada perkara lucu pulak masa tgh2 buat trifle…ni kes gelabah sbb takut kastard sos tak jadi la….tepung kastad selalu kita bancuh dgn air kosong kan???yg lawak tu saya cnfius…gi tuang air panas…actually nak tuang dlm bekas jelly…tp tertukar…pastu boleh pulak hairan…awat la kastad aku berketul2???sblum ni buat ok ja….time tu mmg tak perasan lagi…bila dah perasan , mula la salahkan diri sendiri…moral of the story…buat keje tak boleh kelam kabut…ni kes tak baca bismillah la ni….

Trifleku yg comel lagi cute…..makan sejuk2…pehhh….mmg terangkat…


sapa nak angkat kening...hihi


nak makan cedok je....




Monday, May 21, 2012

Rejab

Assalamualaikum…cepatnya masa berlalu..buat semua muslimin & muslimat…selamat menyambut bulan rejab…saya puasa..anda bgaimana?? lagi dua bulan dah nak puasa kan??selalu bulan Ramadan yg sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam…termasuk la saya…oppsss…bukan pasal bulan utk promosi kuih raya & buat duit ye…jgn salah faham…saya memang sgt rindukan bulan Ramadan…sebab bulan Ramadan penuh dgn keberkatan…solat tarawih…tapi terus terang smenjak ada anak kecil saya dah jarang solat tarawih…saya harap taun ni berpeluang solat tarawih di masjid…walaupun tk penuh…
Teringat masa bergelar student dulu…sahur pukul 1 pagi…tapi seronok sebab bersama kwn2….tak tau la kwn2 masih ingat lagi ke tak…buka puasa kt dewan makan…kalau lauk sedap msti pnjg je Q…
Entry utk hari ni pasal keistimewaan bulan rejab…sejujurnya…sebelum ni saya mmg tak pernah kisah pasal bulan2 islam ni…bila umur makin mningkat…kesedaran akan wujud jugak dlm hati kita sedikit demi sedikit…bukan utk dikongsi dgn pengunjung2 blog sahaja…skurang2 nya saya mencari ilmu utk diri sendiri…bila kita google..kita baca…kita akan faham…walau pon tak semuanya kita ingt & faham…at least niat kita ikhlas utk mencari ilmu kan???ni kalau kwn2 baca statement ni sure gelak punya…jgn sindir2 or gelaknye kwn2…I need support..


Keistimewaan Bulan Rejab
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".
Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad S.A.W satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah S.W.T  banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah S.A.W

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Harapan saya semoga kita sama2 mendapat ilmu hari ni…walaupon tak byk…sekurangnya apa yg kita tak tau selama ni..kita dapat…..tiap2 bulan islam ada fadhilat dan keistimewaan tersendiri….jom pakat2 puasa rejab ye semua…kpd sesiapa yg lebih arif pasal bulan rejab…jgn simpan…kongsi2kan lah ye….akhir kata...selamat berpuasa...& kpd kaum hawa...lagi 2 bulan nk ganti puasa ya..