Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Monday, April 30, 2012

Moi Sup Special


Assalamualaikum….salam sejahtera…kabaresemua????minggu ni entri saya mengenai makanan….baca tajuk entri pon dah tau kan??’moi’ tu if I’m not mistaken ialah gelaran yang diberi oleh orang utara….kira macam bubur nasi la…Cuma di masak berasingan….beras di masak hingga lembik…di makan bersama sup ayam atau daging….isi ayam atau daging kena letak banyak2 baru mantopp….

Actually dah lama saya tak mengadap moi sup ni…ingat lagi masa study dulu2…memang menu ni selalu jadi alas perut time2 perut berkeroncong….rindu sangat nk makan since kawin mmg tk pernah jumpa moi sup sesedap time study dolu2….tapi akhirnya ketemu jungak…..rasa memang 99% la macam moi sup yang saya minat tu….yg beza tu dari segi isi ayam je…..


Gambar di atas : sekadar contoh....

Bagi pengunjung2 blog TeratakAlymaz…kalau anda teringin nak cuba moi sup sedap ni…boleh la singgah gerai sup dekat belakang Pasaraya Yamata, Bandar Darulaman, Jitra Kedah….waktu berniaga malam je…even Cuma gerai tepi jalan…tapi rasa macam makan dekat restoran mewah…sedap sangat….my husben kalo makan kat situ siap mintak extra moi lagi….tapi kalo ada moi sup yang lagi sedap kat utara ni…jangan la segan2 untuk share…teringin jugak nak cuba moi sup dekat tempat lain….saya memang penggemar moi sup…al-maklumlahlah anak jati kedah/perlis….(lahir kat kedah,membesar kat perlis & skrg kembali ke kampong halaman di kedah...huhu)….agaknya sampai bila2 la kot….
Sejak akhir2 ni dalam hati memang banyak idea pasal entri makanan ja….nak kata kuat makan tak jugak…saya memang minat memasak…minat nak belajar dengan lebih mendalam dalam bidang masakan…Cuma masa agak terhad….kdg2  terdetik dihati…mungkinkah di masa akan dating masa depan saya lebih cenderung kearah bidang makanan????sehingga kini saya masih  tercari2  keutamaan minat dalam diri saya, bukan tak tetap pendirian, Cuma kalau boleh biarlah keutamaan minat tu lebih mendalam…..memang masak la leh tahan pandai…(perasan..hihi)….fesyen???jauhsekali…..seni???lagi la takreti…..kira2???itu dah memangtanggungjawab la….anda???adakahsenasibdengan saya??


Sunday, April 22, 2012

Jamadilakhir....

Terasa cepat masa berlalu...dah penghujung bulan april....tahun ni rasa cepat sangat masa bergerak...rasa macam baru ja masuk tahun 2012...kalau dalam bulan islam tahun ni 1433...hari ni bersamaan 1 Jamaldilakhir....masa sekolah dulu...masa saya masih budak2..mmg bulan islam tak berapa ingat...tapi alhamdulillah...skrg ni dah boleh ingat bulan2 islam....semuanya gara2 satu lagu nasyid yg popular masa zaman remaja saya.....tak ingat tahun bila....lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Alarm me....lagu yg bertajuk Bulan bulan Islam.....

Antara bait-bait lagu tu macam ni:
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah

Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah

Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal

Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan

Banyak ilmu yg kita boleh dapat sebenarnya melalui lagu2 nasyid ni....saya memang sangat gemar dengar lagu2 nasyid...nak2 time memandu..rasa tenang je jiwa...lagu lain pon tetap layan...dulu masa bergelar student....siap beli lagi CD original...antaranya In-team,UNIC,Mestika...hari2 pasang pulak tu....hehe...

Bercakap mengenai bulan Jamadilakhir ni...saya ada jugak la korek2 dekat internet....dalam bulan ni ada sejarah dan fadhilatnya yg tersendiri untuk dikongsi dengan pengunjung2 blog ni...harap2 dpt beri sedikit info kpd anda smua...termasuklah diri saya sendiri...bila kita membaca...mencari ilmu...bukan hanya utk disebarkan kpd orang lain ja...yg penting diri kita perlu memahami dulu apa yg kita dapatkan...betul tak???itu adalah prinsip saya....

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN JAMALDIL AKHIR

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.


FADHILAT BULAN JAMADIL AKHIR

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.




Semoga maklumat ini menjadi panduan kepada kita semua untuk menambahkan amal ibadat kita...saya pon sama...sangat seronok dapat berkongsi dengan pengunjung2 blog...


Saturday, April 21, 2012

Perancangan Biskut Raya 2012

Kalau tengok pada sambutan permintaan kuih raya tahun 2011...memang sambutan kuih raya Teratak Alymaz sangat2 menggalakkan...berbaloi jugak la berjinak2 dgn perniagaan online ni...walau pon pada asalnya saya agak ragu2 tentang bayaran nanti...last year mmg ada la dlm sorang dua yg order tp tk amik tempahan...puas contact..tp fon tak berangkat...nasib baik tak banyak...jawabnya saya buat makan2 adik2 kat kampung....memang rugi la sesapa yg order tp tak amik tu..sebab kt rumah saya raya kedua dah licin...huhu...yg paling laris jejari oat & samprit la...

since last year, saya memang rajin mengkaji blog-blog yg ada di malaysia ni..terutama yg online biskut raya or homemade bakery...teruja tgk gambar2, cara diorg promosi....tk tau mcm mana leh tjebak..kalau last year utk suka2..tapi utk tahun 2012 ni saya serius utk menceburi bidang perniagaan ni...bukan biskut raya je...kira dlm bidang makanan la....tapi kalo bakery mmg awal2 lagi la saya mengalah...sebab saya mmg tak pandai buat kek....bidang kepakaran actually masakan kampung.....huhu

oklah...utk pengetahuan u all tahun lepas saya buat 3 jenis ja biskut....conflakes madu, conflakes coklat & mini popia serunding ikan....jenis biskut yang Teratak Alymaz jual lebih 24 jenis sebenarnya...semuanya hasil tangan saya & dua org rakan sepejabat yg dah lama menceburi bidang ni....Alhamdulillah....dengan bantuan diorg la saya mula berjinak2 dengan jualan biskut raya...dua2 kakak senior saya....untuk tahun 2012 ni saya akan buat lebih dari tahun lepas....memandangkan anak dah besar & husben pon turut sama turun padang....kira jadi asstistant saya la....husben merangkap assistant...hehe....

Tapi confirm 2 jenis ni saya akan buat, simple & sedap....


CONFLAKES MADU

Resepi saya : ada campuran badam + bijan...tahun lepas tk menang tangan...biskut ni adalah kegemaran kanak2...so jiran2 ramai yg order...



SARANG SEMUT

Biskut baru utk tahun 2012...kegemaran saya...ni kalau makan sambil mengadap tv ni...boleh tak sedar bila dh tinggal balang je...




CONFLAKES COKLAT


Ermmm...masih dalam pertimbangan...tak tau nak buat or tak...tapi kalau ada yg order....Teratak Alymaz "on" je....peberet kanak2...



Insyaallah...dalam bulan Jun nanti TA (Teratak alymaz)....akan upload lebih banyak koleksi2 kuih raya 2012 utk tempahan anda...kpd loyal customers TA...tahun ni anda mesti order...dialu2kan kepada anda yg pernah rasa kuih raya TA utk beri sebarang komen.....sokongan anda adalah kekuatan TA....dialu2kan sebarang cadangan juga drpd anda semua.....


Wednesday, April 18, 2012

Bosannya...

Hai semua...lamanya tk buka blog ni...rindu jugak...ni sesaje la lunch break ni nk update cikit...dah berabuk dh blog Alymaz....hehehe.....bisnes tk brp rancak la skrg ni...tu yg 'ceq' (saya) dh lama tk update blog...promosi pon tk buat...saje nk stop coz nk tumpukan lebih perhatian utk rumah tangga...nak rehat lama cikit...

Alor Setar arini cuaca tk berapa baik pulak...hujan yg lebat di pagi hari...angin yg kuat lagi...alhmdulillah...rahmat dari Allah...sejuknye Tuhan saje yg tau...smmgnya ofis ceq' ni mmnjang sejuk mengalahkan kutub utara...kalo tk sejuk tu tandanya aircond rosak la...smua teman2 yg jd akauntan btukar profession jadi majistret pulak(smua ber-kot coz tk tahan sejuk)...hehehe...

Arini awat tak tau malas sungguh nk wat keja..msing2 duk google cari resepi...print n simpan buat pekasam..masaknya tidak pon...kwang3....mggu ni ceq google cari resepi kuih-muih tradisional pulak....yg senang2 je...ceq tk pandai bt kuih sebenaq2nya...takat goreng pisang tu tau la...huhu....antaranya resepi yg plan nk buat tu antaranya.....ketayap,onde-onde,pau sambal,talam suji & puteri ayu...tgk resepi mcm senang je..tp tak tau la nk jadi dak...kta tggu nxt week kami post kt blog...tungguuuuu...

wahh...esok dah 20hb April...esok genap usia my princess 2 tahun....nmpk gaya thn ni kena postpone lagi celebrate birthday puteri kami....ada sebab2 yg tk dapat dielakkan...sebak sebenarnya...tk sedar yg diri ini dah 2 tahun bgelar mummy...(ibu)....sang puteri dh request nak basikal...mmg seronok bila anak pandai bercakap diumur yg masih muda...rsa riuh rendah kt rumah walau tinggal bdua ja (husben keje)....untuk anak ibu tersayang....ibu sgt sayang Alya....smoga alya membesar dengan sempurna serta menjadi anak yg solehah suatu hari nanti....