Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Wednesday, May 2, 2012

Barah Hati


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni…entri saya hari ni mmg tak ada kena mengena langsung dgn makanan…sesuatu telah berlaku dgn ahli keluarga saya membuat kan diri terlintas utk berkongsi dgn anda semua….dari tajuk entri…sudah semestinya apa yg saya ingin kongsikan mengenai penyakit yg boleh membawa maut…kita sbagai manusia mmg tk kan pernah lari dari penyakit…bohong la kalo tak pernah rasa sakitkan????

Barah/kanser hati???mungkin penyakit ni antara yg paling  biasa kita dengar…saya sebagai seorang wanita mmg tak pernah fikir langsung pasal penyakit barah hati sebab jrg2  dengar berlaku dikalangan kaum wanita…yg menjadi kerisauan semua wanita diseluruh dunia adalah Barah Payudara dan Kanser  Rahim….sebenarnya, perkataan kanser  pun dh buat kita rasa gerun….betul tak???Ajal maut semuanya ditangan Yang Maha Esa….kita hanya perlu merancang dan berusaha…dan yg penting sekali sentiasa berdoa…akan tetapi sekiranya  dah  sampai masa kita…kita akan pulang jugak ke tempat asal…didunia ni hanya sementara….

Sejak mendapat tau nenek (sebelaharwahabah) adalah suspek barah hati…saya cuba mencari maklumat seberapa  banyak yg boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan yg dirasai ‘tok’ (panggilansayapdnenek)…tapi mmg susah sekiranya kanser dah ditahap serius…ingin saya kongsikan dgn anda semua….

Kebanyakkan kes barah hati hanya dikesan apabila ia sudah sampai ke peringkat serius…bila dah sampai peringkat serius, peluang utk hidup  lama  agak  tipis….fungsi hati mungkin dah terjejas teruk…hati adalah organ dalam badan yang paling besar, ia terletak betul2 dibawah tulang rusuk kanan, dibawah paru2…hati kita berbentuk seperti pyramid dan terbahagi kpd 2 bahagian kiri dan kanan…tidak seperti organ lain.,hati menerima bekalan darah dari 2 sumber iaitu arteri hepatic (membekalkan darah beroksigen) & portal vena yg membawa darah mengandungi  nutrient dari usus kecil ke hati…

Dari carian yg saya dapat, antara factor risiko barah hati ialah :

-          Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sgt mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah & kelahiran; 100x lebih mudah dari virus HIV)

-          Jangkitan hepatitis C dgn kehadiran masalah sirosis hati

-          Obesiti

-          Diabetes

-          Merokok

-          Penggunaan steroid dlm tempoh lama

-          Jangkitan fungus

Antara tanda2 & gejala barah hati ialah :

-          Penyakit kuning (satu keadaan dimana kulit & mata kekuningan)

-          Berasa kekenyangan (tidak lapar)

-          Kehilangan selera makan

-          Sakit atau ketidakselesaan dibahagian tulang belikat dibahagian kanan

-          Demam

-          Keletihan tidak hilang hanya dgn istirehat

-          Mual/muntah

-          Kencing keruh

-          Kegatalan kulit yg berlebihan

-          Kebingungan dan tahap mengantuk meningkat

-          Suhu badan yg tinggi

Tanda2 tak dpt dikesan pada peringkat awal…bila dah masuk peringkat serius baru dapat dikesan…pada 1 mei 2012, saya & suami mmg plan nk duduk rumah je…masak sama2…dlm 8.00 pg saya terima panggilan adik mengatakan tok dimasukkan ke ward…dlm hati mcm2 tekaan…maybe tok kena tambah air sebab kurang makan??….utk pgetahuan semua tok berumur 80++…saya Cuma ingat dia sakit tua….tapi semalam masa melawat di Hospital kangar…maksu ceritakan masalah tok…saya pon terkejut jugak…perasan jugak badan tok kekuningan…macam kekurangan darah….hari ni…waktu entri ni ditulis…pihak hospital nak masukkan kamera dlm perut tok…utk pastikan samada tok mmg ada barah hati or tak….

Bila diberitahu nak masukkan kamera…saya dah terbayang kesakitan yg terpaksa tok tempuhi di usia emas ni….Ya Allah…permudahkanlah segalanya….apa jua keputusan…saya terima dgn redha…semua adalah Qada’ & Qadar Allah S.W.T….Alhamdulillah…di usia tok 80++ ni diizinkanlah Allah utk tok mengenal cicit2nya 8 org semuanya….disini…saya juga inginkan bantuan maklumat darianda semua…sekiranya ada maklumat mengenai barah hati…tentang cara rawatan & penjagaan tak kiralah rawatan moden atau tradisional….yg lain…saya hanya berserah pada Yang Maha Esa…Allah S.W.T….


p/s: info yg saya dpt Cuma sedikit…utk keterangan lanjut diharap anda cuba cari lagi….k…just 2 share & terima kasih krn sudi singgah blog ni


Monday, April 30, 2012

Moi Sup Special


Assalamualaikum….salam sejahtera…kabaresemua????minggu ni entri saya mengenai makanan….baca tajuk entri pon dah tau kan??’moi’ tu if I’m not mistaken ialah gelaran yang diberi oleh orang utara….kira macam bubur nasi la…Cuma di masak berasingan….beras di masak hingga lembik…di makan bersama sup ayam atau daging….isi ayam atau daging kena letak banyak2 baru mantopp….

Actually dah lama saya tak mengadap moi sup ni…ingat lagi masa study dulu2…memang menu ni selalu jadi alas perut time2 perut berkeroncong….rindu sangat nk makan since kawin mmg tk pernah jumpa moi sup sesedap time study dolu2….tapi akhirnya ketemu jungak…..rasa memang 99% la macam moi sup yang saya minat tu….yg beza tu dari segi isi ayam je…..


Gambar di atas : sekadar contoh....

Bagi pengunjung2 blog TeratakAlymaz…kalau anda teringin nak cuba moi sup sedap ni…boleh la singgah gerai sup dekat belakang Pasaraya Yamata, Bandar Darulaman, Jitra Kedah….waktu berniaga malam je…even Cuma gerai tepi jalan…tapi rasa macam makan dekat restoran mewah…sedap sangat….my husben kalo makan kat situ siap mintak extra moi lagi….tapi kalo ada moi sup yang lagi sedap kat utara ni…jangan la segan2 untuk share…teringin jugak nak cuba moi sup dekat tempat lain….saya memang penggemar moi sup…al-maklumlahlah anak jati kedah/perlis….(lahir kat kedah,membesar kat perlis & skrg kembali ke kampong halaman di kedah...huhu)….agaknya sampai bila2 la kot….
Sejak akhir2 ni dalam hati memang banyak idea pasal entri makanan ja….nak kata kuat makan tak jugak…saya memang minat memasak…minat nak belajar dengan lebih mendalam dalam bidang masakan…Cuma masa agak terhad….kdg2  terdetik dihati…mungkinkah di masa akan dating masa depan saya lebih cenderung kearah bidang makanan????sehingga kini saya masih  tercari2  keutamaan minat dalam diri saya, bukan tak tetap pendirian, Cuma kalau boleh biarlah keutamaan minat tu lebih mendalam…..memang masak la leh tahan pandai…(perasan..hihi)….fesyen???jauhsekali…..seni???lagi la takreti…..kira2???itu dah memangtanggungjawab la….anda???adakahsenasibdengan saya??


Sunday, April 22, 2012

Jamadilakhir....

Terasa cepat masa berlalu...dah penghujung bulan april....tahun ni rasa cepat sangat masa bergerak...rasa macam baru ja masuk tahun 2012...kalau dalam bulan islam tahun ni 1433...hari ni bersamaan 1 Jamaldilakhir....masa sekolah dulu...masa saya masih budak2..mmg bulan islam tak berapa ingat...tapi alhamdulillah...skrg ni dah boleh ingat bulan2 islam....semuanya gara2 satu lagu nasyid yg popular masa zaman remaja saya.....tak ingat tahun bila....lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Alarm me....lagu yg bertajuk Bulan bulan Islam.....

Antara bait-bait lagu tu macam ni:
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah

Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah

Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal

Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan

Banyak ilmu yg kita boleh dapat sebenarnya melalui lagu2 nasyid ni....saya memang sangat gemar dengar lagu2 nasyid...nak2 time memandu..rasa tenang je jiwa...lagu lain pon tetap layan...dulu masa bergelar student....siap beli lagi CD original...antaranya In-team,UNIC,Mestika...hari2 pasang pulak tu....hehe...

Bercakap mengenai bulan Jamadilakhir ni...saya ada jugak la korek2 dekat internet....dalam bulan ni ada sejarah dan fadhilatnya yg tersendiri untuk dikongsi dengan pengunjung2 blog ni...harap2 dpt beri sedikit info kpd anda smua...termasuklah diri saya sendiri...bila kita membaca...mencari ilmu...bukan hanya utk disebarkan kpd orang lain ja...yg penting diri kita perlu memahami dulu apa yg kita dapatkan...betul tak???itu adalah prinsip saya....

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN JAMALDIL AKHIR

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.


FADHILAT BULAN JAMADIL AKHIR

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.




Semoga maklumat ini menjadi panduan kepada kita semua untuk menambahkan amal ibadat kita...saya pon sama...sangat seronok dapat berkongsi dengan pengunjung2 blog...