Followers

Tempahan Biskut Raya 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 SUDAH DITUTUP...HARAP MAKLUM...TAHUN NI INSYAALLAH...BAGI SESIAPA YG MASIH BERMINAT...BOLEH DAPATKAN BISKUT RAYA TA DI PASARAYA PELADANGMART, ALOR SETAR, KEDAH...10 HARI TERAKHIR RAMADAN OK

Sunday, August 14, 2011

KUIH RAYA OH KUIH RAYA....

Alhamdulillah....sudah separuh tmpahan siap diedar...terima kasih sgt2 kpd yg dah buat tempahan....Insyallah...tahun depan saya jnjikan kuih raya yg lebih banyak pilihan...lebih sedap...& lebih ummmphhh.....heeee....

Actually, memenatkan buat kuih ni...memandangkan pulak Liza mmg bukan surirumah sepenuh masa...kul 8.00-5.00 masuk keje..balik rumah bru boleh buat + cuti hujung minggu...mmndangkan ank masih kcik...Liza buat 2 jenis je...yg lain2 kwn2 sepejabat...diorg mmg dh lama berkecimpung dlm bidang ni...Liza baru ja start tahun ni...tahun lepas tolong jual je...thn ni ada buat sdiri....tahun depan plnning tu mmg nk tmbah koleksi...

Penat-penat pon berbaloi bila tgk hasil & sambutan di pasaran...tahun ni Liza jual utk org perseorangan je...Insyallah..tahun depan rancang nk letak kat mini2 market...so kpd yg tk sempat nk order(last minit)...leh la g cri kt mini2 market yg Liza akan letak....harap2 menjadi la perancangan ni...hehehe....tahun ni actually mmg plan nk letak kt PeladangMart...kt jalan Sultanah bahiyah alor setar...tp cancel last minute coz rsa cm tk sempat nk buat....sbb kalo nk letak kt kedai mmg kena bt byk2...tkut tk leh focus utk bt kt kawan2 je...

Seronok tgk bila dh kumpul2 stock....NI LA HASILNYA....


Mesti tak sabar nak rasa kan????.....


 tempahan dari Liza (regular+loyal customer).....thnks liza


 Tat Nanas....sedapnye....


Sapa tak order mmg rugi.....



 seronok tgk....





 JEJARI OAT...


 SAMPRIT


 MAZOLA


 CORNFLAKES


 CORNFLAKES MADU...


SNOW BAR COOKIES...


Terima kasih banyak2 kpd yg dah order...Alymaz Home sgt2 hargai & berharap anda akan menjadi pelanggan setia biskut raya kami.....segala kekurangan harap dimaafkan & pihak kami akan cuba perbaiki dari masa ke masa......

Monday, August 1, 2011

ABAB BERPUASA & SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum...alhmdulillah...hari ni dh msuk hari kedua kita berpuasa...puasa2 jugak...tapi berpuasa tak bermaksud menahan diri dari lapar sahaja...tadi masa rehat sesaje google cari info2 utk dikongsikan disini...jumpa pon...& saya rasa mmg anda semua patut alert tntang info ni...tentang adab berpuasa & terawih...

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: 

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.. 

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa; 

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat; 

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim); 

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah) 

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. 

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

***Kita selalu lupa kan???

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadan..

Assalamualaikum W.B.T...salam ramadan semua..lamanya tk update blog ni...tempoh tmpahan biskut raya dh tamat...so,bolehla menceriakan sedikit blog yg samar2 ni...hehehe...kpd follower2..trima kasih krn sudi singgah ke blog Alymaz Home yg baru nak bertatih ni...sudi2kanlah share idea utk bikin blog ni menarik...ye blogger2 di luar sana????

4 ur information...last day adalah hari terakhir untuk tmpahan kuih raya...hari ni mmg dah tk ambik tmpahan...esok dh nak puasa...so saya & kwn2 mmg dh kena stat buat tmpahan utk raya...memndngkan tiap2 tahun tmpahan msti bertambah....ada yg 15 hari posa dah nak ambik dah...awal tu.....terpaksa bersengkang mata la pas ni...tp tk pe...paus hati bila komen2 dari mereka2 yg pernah rasa amat memberangsangkan...mmg pihak Alymaz seboleh2nya sediakan kuih raya memenuhi cita rasa anda semua....kalau sedap leh order lagi yeeee....hehe

Ni senarai tempahan mengikut rangking...no satu tu paling banyak la...coz mmg sedap:

1- Jejari oat
2- Tart Nanas
3- Samprit
4- Mini Popia
5- Almond London
6- Conflakes coklat & conflakes madu
7- Biskut y
8- Biskut Makmor
9- Snow Bar Cookies

untuk pengetahuan semua, jejari oat,tat & samprit mmg laris...TERHANGAT DIPASARAN....sminggu tmpahan dibuka sambutan diluar jangkaan....Alhamdulillah....harap2 tahun depan lagi hangat la sambutan....amin

Kepuasan menjual/mengedar kuih raya ni mmg suatu perasaan yg unik..rasa puas bila dpt puaskan hati customers....sllunya bagi yg pernah order...mesti nak order lagi....kuih raya Alymaz Home mmg 100% buttercup & tahan lama...Insyaallah,lepas raya pihak kami akan start jual utk lain2 perayaan pulak...termsuk rya haji,deepavali,chinese new year & sebagainya....untuk makan2 pon kami tetap terima...bila2 saja....

Esok dh posa...Insyaallah...kalau malam ni nmpak anak bulan....sukanya kalo bulan posa....bulan Ramadan ni lah peluang nak banyakkan amal ibadat....harap2 saya pon sama...huhu.....

Sunday, July 17, 2011

PERINGATAN!!!

Pihak kami mohon sangat2 kerjasama anda semua untuk membuat tempahan sebelum 1 RAMADAN ...masuk je bulan puasa pihak Alymaz Home mmg dh tak ambil tempahan...dah byk kali pesan...bukan apa...kesian kt u all jugak...nt bila order terpaksa kami reject....tambahan pulak tahun ni permintaan diluar jangkaan....mohon kerjasama anda ye......please...


Lagi satu hal, kepada yg nak jadi ejen...sampel untuk rasa mmg dah habis...sebab kami telah iklankan peluang utk jadi ejen seawal hujung bulan jun lagi...skrg dh pghujung julai...tp kalau ada yg masih lagi berminat...anda boleh dapatkan sampel utk tengok/pilih...FREE....apa2 pon SEBELUM 1 RAMADAN.....ok semua

Monday, June 27, 2011

BISKUT RAYA 2011

TEMPAHAN KINI DIBUKA....SEHINGGA 31 JULAI 2011

UNTUK TEMPAHAN BOLEH GUNA CARA BERIKUT:



1 - CALL/SMS 016-4683552
2 - EMAIL : kaseh.alya@yahoo.com
3 - ADD Facebook saya...komen dekat gambar or untuk details PM dekat inbox
4 - Isi order Form kat atas..dah isi tolong inform ye...

SILA BACA STEP TO ORDER  DI SEBELAH KANAN ANDA.........

JOM SEMAK BISKUT APA YANG ADA........................................




50 BIJI
RM 22.00



50 BIJI
RM 20.00



1/2 KG = RM12.00
1 KG = RM22.00



50 BIJI
RM 20.00



50 BIJI
RM 20.00



50 BIJI
RM 20.00



50 BIJI
RM20.00



50 BIJI
RM 20.00



50 BIJI
RM 20.00


50 BIJI
RM 20.00



50 BIJI
RM 20.00



50 BIJI
RM 20.00



50BIJI ++ (PENUH BEKAS)
RM18.00



50 BIJI ++ (PENUH BEKAS)
RM18.00



50 BIJI
RM 15.00



50 BIJI
RM 20.00



TEMPAH SEKARANG....SEBELUM 31 JULAI 2011....TEMPAHAN LAST MINUTE TIDAK DITERIMA......


CALL/SMS 016-4683552


Sunday, June 26, 2011

KATALOG BISKUT RAYA 2011....AKAN DATANG

ASSALAMUALAIKUM....KEPADA PENGUNJUNG SETIA ALYMAZ HOME...MAAF SANGAT2 UNTUK SEMENTARA WAKTU SAYA TAK DAPAT NAK UPDATE SELALU BLOG NI MEMANDANGKAN SKRG TGH BERTUNGKUS LUMUS UTK SIAPKAN SAMPEL BISKUT RAYA...SAMBUTAN UTK MENJADI EJEN ALYMAZ HOME DILUAR JANGKAAN...TERIMA KASIH KPD ANDA YG BERMINAT....BILA EJEN BERTAMBAH SAMPEL PON KENA LA BANYAK ....KATALOG BISKUT RAYA 2011 AKAN SAYA SIARKAN ESOK...TEMPAHAN JUGA AKAN DIBUKA MULAI ESOK...KPD ANDA YANG NAK DAPATKAN SAMPEL SILA BUAT TEMPAHAN SEBELUM 07 JULAI 2011..

Saturday, June 18, 2011

WARISAN TRADISI..JGN DILUPAKAN

Assalamualaikum semua...maaf la ye...saya ni mcm chipmore pulak...kejap ada kejap tk dak....akhir2 ni sibuk siapkan sampel utk RAYA..kalau boleh nak cepatkan edar sampel memandangkan ramai yg dah bertanya...si kecik pulak suka tido lewat skrg...nak kene manja2...peluk2...baru boleh tidoq...

ok lah..hari ni saya nk cerita pasal kuih tradisi melayu kita...kuih apa yg terlintas dekat fikiran semua kalau time Raya????kalau kt negeri kelahiran saya (kedah)...tk lain tk bukan bahulu,goyang,kuih bangkit, peniram,kuih bakar dan macam2 lagi la...kalau ke pekan rabu mcm2 jnis ada...sampi tk tau nk pilih...tapi yg plg glamor bahulu la...mmg senang nk dpt kt kedah ni...yg fresh pon ada....sedap & tk sedap ja la...

Penah dgr tak kuih karas????kuih ni ada yg tau...ada jugak yg tk penah tgk n tk penah dgr pon....asik dok promote yg moden2 ja kan..ni la....nk promote kuih karas pulak...kuih tradisi org melayu...bagi yg tk penah tgk tu jgn rsau sya dh prepare gambar kt cni...


Kuih Karas...penah tgk tak???bahan tk byk tp susah jugak nk buat tau...hanya yg betul2 pakar je pndai....saya lagi la tk reti...


ni pckaging utk jualan sepanjang masa & Raya
20 biji = RM5.00
tempahan sudah dibuka...kalau minat boleh order....


Kuih karas ni petang2 makan smbil pekena kopi mmg sedap...rsa rangup...lebih kurang rsa goyang la...


Dekat ofis...saya suka beli satu lagi jenis kuih tradisi...kwn yg jual...saya mmg suka kuih ni & tiap2 kali raya wajib ada kt rumah....tapi kuih ni BUKAN UNTUK DIJUAL...maaf ye...hanya utk tatapan pengikut setia blog ni...supaya anda lebih mengenali kuih tradisi kita....ni laa kuihnye....


ni REMPEYEK....

kuih ni cnfirm rmai yg tau..tgk la bilis & kacang...banyak kan???
memang puas hati laa...
untuk cuci mata je...hehehe

Kepada semua pengikut setia blog Alymaz...Insyaallah...saya akan cuba sedaya upaya utk memuaskan hati anda...kalau boleh mmg nk update sllu blog ni...tp kekangan masa sbb anak pon kecik lagi kan???semoga anda semua bpuas hati.....TQ SUDI SINGGAH.....SAYANG SEMUA...






Tuesday, June 14, 2011

14 Jun 2011...Mat Ali Corner...

Malam ni keluar bduaan dgn suami...destinasi Yawata...nk shopping brg2 utk si kecik....si kecik tinggalkan dgn pengasuh...kesian pulak nk bwk dia...siang pgasuh ckp tido skali je...rsau gak kalau bawak nt mgmuk kt Yawata....rsa malas pulak nk msk malam ni...ajak suami makan kt Mat Ali Corner...nak rasa jugak menu kt ctu...sebab suami ckp sedapp...

Suami order mee goreng+air teh ais...saya pulak mcm biasa la....nsi goreng paprik+teh 'o' limau....lambat jugak siap nsi goreng saya..hmmm...dlm hati tu dh mula rsa nk marah....akhirnya siap jugak....tp sgt mgejutkan bila tgk nsi goreng tu....tgk laaa....


punya la banyak...dh rupa nasi tambah je...tk habis pon...separuh je luak...
tp sedapppp..cuma daging tu saya rsa liat ckt...sib bik gigi kuat...hehehe...tukang masak pon muda lagi...handsome pulak tu.....bguih2...muda2 dh pdai cari duit ...tk buang masa mcm budak2 lain...


Tgh2 mkn tu...dok triingat jugak kat Biskut Samprit Kak Mila (my ofismate..pakar buat samprit...memang teror & mdapat sambutan hangat)....rsa tk sabar2 pulak nk update kat blog ni...al-maklumla..."pegawai pemasaran"...gelaran saya di ofis...ya la...smnjak dua menjak ni bkn main rancak lagi dok promote Biskut Raya & macam lagi...tolong kawan2...hehehe...Alhmdulillah..tk sia2 saya tolong...sejak akhir2 ni rezki murah...Alhamdulillahhh....

Actually, Biskut Samprit ada perubahan cikit...rupa tu maintain sama laa...cuma dari saiz lebih gemuk...makan pon puas hati betui dakkkk....

JOM TENGOK


Ishhh...gambar tk clear la pulak...nape yer???
Its ok nanti saya letak gambar clear k...
SORRY
apa2 pon rasa tetap...mantoppp...hehehe


ni contoh packaging untuk RAYA nanti...nak order untuk makan2 skrg pon tk masalah...jgn malu jgn segan....kompom skali rasa nak lagi....



Ada masa,ada kelapangan..ada biskut baru,ada cerita baru....Alymaz Home akan update...TQ kpd yg sudi Singgah...JOM LA jadi Follower....nanti Raya Alymaz bagi diskaun..../ hadiah....Ta Ta....;-)

Monday, June 13, 2011

Biskut 'Y'..rangup skali

Assalamualaikum....hrp semua sihat...maklum la skrg ni...cuaca tk mnentu...rmai btul yg demam masa blik kg dua tiga hari lepas...my mum pon tk brp chat...my princess pon demam jugak....time cuti sekolah pulak kenduri banyak...makan tu bila over sgt mula la sakit sana cni....ishhh...mbebel pulak...opppss..

Mesti semua dh tk sabar2 kan nk tgk koleksi biskut utk tempahan raya nanti...sabaq sat...belum lagi...tunggu awal bulan 7 nanti ok...ari ni saya nk kongsi dgn semua biskut baru....boleh tempah anytime...nk makan skrg pon boleh...sedapppp...tk caye boleh tempah utk rasa.....manis+rangup skali....hasil tgn my ofismate jugak...(dlm hati=bila la nk promote kuih sdiri;-P....) ....

kalau kt my hometown perlis...biskut ni famous jugak la...tp tk tau la kalau kt negeri2 lain mcm mana???sebab ada jugak kwn2 yg tk penah dgr nama pon...hehehe...musykil saya...ye la...lain2 tempat tk sama tul dak???pot pet banyak pulak...hehehe

haaa...ni la BISKUT 'Y'...biasa2 je kan...tapi jgn tertipu...rasa dia sedapp tau....


rupa tk menarik...tapi...SEDAPPPPPP


ni contoh pckaging utk sampel RAYA...dlm ada 15 biji++...RM6.00 sahaja

Secara ringkas, resepi Biskut ni cuma gaul je...tpung biskut marie, tpung gandum,tpung kek,kelapa tin, gula kasar,esen vanila & bahan2 lain ....tapi kalau tk betul2 pakar mmg tk sedap....hehehe...

JOM SINGGAH.....JEMPUT MAKAN KUIH RAYA (^_^)

Monday, June 6, 2011

ALMOND LONDON PULAK....

Assalamualaikum...hrp semua sihat hendaknya...hari ni saya nk share kuih raya baru...bukan baru buat...actually dh lama buat cuma sllu utk pasaran hari raya je...hasil tgn my ofismate...nk tolong promote utk kwn2...Almond London...kegemaran majoriti rakyat Malaysia...mesti semua suka...(^_^)

Almond London ni khas utk pasaran hari2 biasa..petang2 blik kerja penat2...leh rehat2 dgn anak2 sambil makan biskut almond london...betui dak??ishh..rugi kalau tk rsa...mmg meletup...lagi2 bagi mereka2 yg mmg 'hantu' almond london mcm saya...hehehe...sbb saya mmg suka biskut2 raya yg berunsurkan coklat ni...

Untuk pengetahuan semua, tempahan juga dibuka utk dijadikan cenderahati perkahwinan..so bagi yg nak naik pelamin...boleh tempah...saiz & budget mengikut kehendak anda...kalo budget besar...meriah la ckit design & kandungan tiap2 gift tu...

Apa2 pon jom tengok gambar dulu....jeng jeng jeng...=)


LUAR COKLAT...DALAM BADAM...SEDAPNYEEE....



PACKAGING UNTUK TEMPAHAN
45 BIJI
RM22.00


Coklat banyak...isi dalam badam sebiji...bkn separuh ye...sbb saya pernah jumpa Biskut almond london kt pasaran...separuh je badam...mahal pulak tu...harga memang sepadan dgn kualiti & kos...kalau ambik lebih 10 bekas diskaun 0.50sen...kalo nk beli borong pon boleh...min order 50 bekas...diskaun rm1.00...

Nak order SMS je....016-4683552...50% deposit ok...

Saturday, June 4, 2011

AKTIVITI BERSAMA EN.SUAMI...

Assalamualaikum & slm sejahtera semua...akhirnya dpt jugak peluang nk update blog ni mlm ni..punya la ssh bila si kecik (my daughter) ni makin mmbesar...asik berebut laptop dgn dia ja...mggu ni pulak tersangat la busy dgn tempahan yg byk diterima...alhmadulillah...rezki dari Allah...

Jumaat mlm bertungkus-lumus utk siapkan tempahan dari kwn2 & customers...nasib baik ada assistant...kalo tak msti kelam kabut jugak saya sbb conflakes coklat ni kene bt cepat2 takut coklat mgeras dh tk cntik lak nanti...asistant tk lain tk bukan en.suami la...syukur alhamdulillah dia sudi tlg...hehehe...jd senang la keje...

taraaa....conflakes coklat hasil tgn saya & suami :






comel tak....sedap tau...open for order...=)



50 biji = RM20.00

Pckaging untuk raya nanti pon mcm ni jugak ye kwn2...=)




Kami turut menerima tempahan hamper raya...utk keterangan lanjut sila hubungi sya di talian 016-4683552


Wednesday, June 1, 2011

PROMOSI...PROMOSI..PROMOSI

BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA...PIHAK KAMI MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN DISKAUN SEBANYAK RM1.00 UTK SETIAP BALANG/BEKAS BISKUT RAYA YANG ANDA TEMPAH....SEKIRANYA MENJADI FOLLOWER ALYMAZ HOME...SO, APA TUNGGU LAGI...BE MY FOLLOWER NOW....JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI....(^_^)....

PELUANG DIBUKA SEHINGGA 15 JULAI 2011 SAHAJA....STARTING 16 JULAI NO MORE RM1.00 DISKAUN OK...SO, HURRY UP..
.


TQ...SINGGAH (^_^)

NI LA BIG BOS ALYMAZ HOME....HEHEHE

Monday, May 30, 2011

PRA 1 - BISKUT RAYA 2011

Salam ukhwah semua...lagi 2 bulan kita dah sambut puasa...Alhamdulillah...ALYMAZ tersangat la suka kalau bulan puasa...rasa syahdu & penuh keinsafan...bualan Ramadan la masa untuk kita perhebatkan amal ibadat kita...untuk rebut peluang malam Lilatulqadar...

Dikesempatan ini, ALYMAZ ada berita gembira untuk semua...Insyaallah dalam hujung Jun nanti saya akan update pilihan koleksi biskut raya untuk anda tempah...tapi tempahan untuk hari-hari masih dibuka sepanjang masa...

Pihak kami tk dapat nak pastikan lagi berapa jenis Biskut yg akan dibuat, tapi disini saya nak senaraikan biskut2 yg confirm dibuka untuk tempahan...antaranya:

1- Tart Nenas
2- Samprit
3- Jejari Oat
4- Dark Piping Cookies
5- Conflakes Coklat
6- Conflakes Madu

Anda boleh refer cookies pricing utk tgk harga...bagi yg dah tk sabar untuk menempah...sila2 kan...even tempahan masih belum dibuka..tapi saya sedia menerima tempahan anda...

Deposit 50% diperlukan atau anda juga boleh buat full payment...sekiranya pihak kmi tidak menerima apa2 bayaran dlm masa 24 jam...tempahan anda akan dibatalkan...bagi yg bayar deposit 50%...2 minggu sebelum raya anda dikehendaki untuk buat pembayarn penuh....

Sebagai PRA 1 promosi...hanya ini saja yg dapat pihak ALYMAZ kongsikan...terima kasih sudi singgah...(^_^)...

Friday, May 20, 2011

KAIN PASANG - SATIN

HI SEMUA..JOM TENGOK KOLEKSI KAIN PASANG - FABRIK SATIN 

HARGA = RM30.00 (EXCLUDING POSTAGE)

AVAILABLE ONLY ONE FOR EACH DESIGN

ORDER???SMS NO : 016-4683552 OR FILL IN ORDER FORM 

FACEBOOK = kaseh.alya@yahoo.com

SATIN = KOD 1

SATIN = KOD 2

SATIN = KOD 3

SATIN = KOD 4

SATIN = KOD 5

KPD ANDA SEMUA..KUALITI KAIN STDING HARGA..HRP ANDA FAHAM MAKSUD SYA..ENJOY(^_^)



Tuesday, May 10, 2011

NEW UPDATE - KAIN PASANG UTK RAYA

LAGI LEBIH KURANG 2 BULAN++ KITA DAH NAK MENYAMBUT RAMADHAN..INSYAALLAH..HUJUNG BULAN OGOS DAH RAYA...KEJAP JE KAN..TENTU TAK SUKA KAN BUAT PERSEDIAAN LAST MINUTE...

BAGI MEREKA YG SUKA BELI BAJU YG DAH SIAP TENTU TK DA MASALAH..TP LAGI SELESA KALAU BUAT BAJU MENGIKUT UKURAN BADAN SENDIRI BETUL TAK???UNTUK ITU BOLEH LA JENGUK2 KOLEKSI ALYMAZ...PASTI MEMUKAU...

HARGA (4 METER) = RM45.00

KOS PENGHANTARAN = RM6.00 BAGI LUAR KEDAH....

JOM PILIH..........(^_^)

AVAILABLE = 1

AVAILABLE = 1


AVAILABLE = 2


AVAILABLE = 2


AVAILABLE = 1


AVAILABLE = 1


AVAILABLE = 1

SMS 016-4683552 JIKA BERMINAT....JUGA BOLEH EMAIL ATAU ADD FACEBOOK SAYA